BEBERAPA kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir kilat hari ini susulan hujan lebat dan angin kencang semalam.
Hujan mula turun sekitar jam 2 petang pada Jumaat dan selepas lima jam tahap air naik antara 20 hingga 50 cm serta menumbangkan beberapa pokok.
Ketua Menteri Lim Guan Eng mengatakan awal pagi ini, di sesetengah kawasan air naik setinggi 3 hingga 3.5m.
Antara yang terjejas di George Town adalah Kampung Masjid, Jalan P. Ramlee, Sungai Pinang, Jalan Kebun Lama, Lebuh Carnovan, Jalan Anson dan Halaman Bukit Gambir.
Bayan Baru, Bayan Lepas, Batu Ferringghi, Balik Pulau dan beberapa kawasan di Seberang Prai juga terjejas. – 5 November, 2017.
Gambaran bandar raya George Town yang tenggelam hari ini. Kedah, Perlis dan utara Perak juga diletakkan dalam amaran oren oleh Jabatan Kaji Cuaca, meramalkan hujan lebat dan angin kencang akan berterusan hari ini. – Gambar ihsan Goh Ban Keat, 5 November, 2017.Anggota tentera membantu seorang wanita tua menaiki trak di Pulau Pinang hari ini. Menurut Menteri Pertahanan Hishammuddin lebih daripada 20 kenderaan tentera dan 100 anggota sudah dikerahkan ke negeri itu untuk membantu usaha menyelamat. – Gambar The Malaysian Insight ihsan Kementerian Pertahanan, 5 November, 2017.Sebuah feri kelihatan terdampar di Jeti Pulau Pinang selepas hujan lebat dan angin kencang melanda negeri itu. – Gambar ihsan Bomba, 5 November, 2017.Bulatan di Seberang Jaya, Pulau Pinang tenggelam dalam banjir pagi ini. – Gambar The Malaysian Insight, 5 November, 2017.Suasana bandar raya George Town yang tenggelam hari ini. Pulau Pinang dilanda ribut malam tadi yang membawa bersama hujan lebat dan angin kencang ke negeri itu. – Gambar ihsan Goh Ban Keat, 5 November, 2017.Tanah runtuh di Tanjung Bungah, Pulau Pinang susulan hujan lebat di Pulau Pinang hari ini. – Gambar ihsan Freddi Tan, 5 November, 2017.Seorang lelaki mengharungi air banjir menggunakan basikal di Seberang Perai Tengah.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 5 November, 2017. Masyarakat di Seberang Perai Tengah terpaksa meredah banjir untuk ke destinasi yang dituju. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 5 November, 2017. Kenderaan pacuan empat roda digunakan untuk meredah banjir dan membantu kenderaan lain yang terkandas di Seberang Perai Tengah hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 5 November, 2017. Pasukan bomba sukarela dari Machang Bubok turut memberikan kerjasama dalam bencana banjir yang melanda Pulau Pinang, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 5 November, 2017. Sebuah restoran makanan segera di Seberang Perai Tengah turut dimasuki air banjir. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 5 November, 2017. Seorang lelaki meranduk air banjir sambil mendukung anaknya di sebuah kawasan perumahan di Seberang Perai Tengah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 5 November, 2017. Seorang penduduk di sebuah kawasan perumahan melihat keadaan banjir di Seberang Perai Tengah hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 5 November, 2017. Antara penduduk yang terpaksa mendukung anaknya sambil meredah banjir selepas kawasan kediaman mereka dinaiki air di Seberang Perai Tengah hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 5 November, 2017. Penduduk meninjau keadaan banjir di kawasan kediaman mereka di Seberang Perai Tengah hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 5 November, 2017. Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan tertidur keletihan selepas kediaman mereka dinaiki air. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 5 November, 2017.Mangsa banjir berehat di pusat pemindahan sementara di Seberang Perai Tengah hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 5 November, 2017. Antara mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara menyusun barangan mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 5 November, 2017. Penunggang motosikal meredah banjir dalam kegelapam malam selepas hujan lebat melanda Pulau Pinang hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 5 November, 2017.
Komen