SAMBUTAN Tahun Baru Cina yang jatuh pada 25 Februari menandakan bermulanya Tahun Tikus dalam kalendar Cina.
Tahun Baru Cina akan disambut selama 15 hari sempena peralihan dari Tahun Babi ke Tahun Tikus.
Tikus melambangkan kekayaan dalam zodiak Cina.
Tahun Baru Cina disambut begitu meriah di seluruh dunia dengan pertunjukan bunga api, tarian naga, perarakan kereta berhias dan banyak acara lagi. – 24 Januari, 2020.
Tarian naga dalam air di Aquaria KLCC, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 24 Januari, 2020. Pandangan dari atas keretapi EMU (Electric Multiple Unit) pada hari pertama sambutan Tahun Baru di Nanjing, di wilayah Jiangsu, China. Tiga bilion perjalanan dijangka pada sambutan tahun ini, membawa berjuta rakyat China pulang ke kampung halaman menyambut perayaan bersama keluarga. – Gambar EPA, 24 Januari, 2020. Seorang wanita Vietnam mengumpul colok di kampung Quang Phu Cau menjelang sambutan Tahun Baru Cina. Di Vietnam, Tahun Baru Cina dipanggil 'Tet'. – Gambar AFP, 24 Januari, 2020.Seorang lelaki memakai topeng gas semasa memasak ikan dalam periuk tanah liat menggunakan dapur kayu di wilayah Ha Nam di Vietnam, menjelang sambutan Tahun Baru Cina. Gulai ikan adalah hidangan popular pada Tahun Baru Cina atau 'Tet' di utara Vietnam. Setiap periuk hidangan dijual antara AS$18 (RM76) dan AS$60. – Gambar AFP, 24 Januari, 2020.Deretan tanglung merah digantung di Kuil Thean Hou di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 24 Januari, 2020. An Indonesian worker preparing candles at a traditional Chinese candle-maker for the upcoming Lunar New Year in Tangerang, Indonesia. The Chinese Lunar New Year is known there as Imlek. – EPA pic, January 24, 2020.Seorang pekerja di sebuah kilang lilin tradisional Cina di Indonesia. Tahun Baru Cina di panggil 'Imlek' di negara itu. – Gambar EPA, 24 Januari, 2020.Persembahan tarian naga pada festival "Georges River Lunar New Year" di Sydney, Australia. – Gambar EPA, 24 Januari, 2020.Tanglung yang digantung membentuk terowong di Ditan Park di Beijing sempena Tahun Baru Cina. Sambutan tahun baru yang jatuh esok menandakan permulaan Tahun Tikus dalam kalendar Cina. – Gambar EPA, 24 Januari, 2020.
Tanglung yang digantung membentuk terowong di Ditan Park, Beijing. Sambutan Tahun Baru Cina esok menandakan Tahun Tikus dalam kalnedar Cina. – Gambar EPA, 24 Januari, 2020.
Seekor tikus di atas tangan seorang pekerja Zoo Singapura. Tahun Baru Cina yang jatuh esok menandakan Tahun Tikus dalam kalendar Cina. – Gambar EPA, 24 Januari, 2020.Kanak-kanak memakai kostum opera Cina bergambar beramai-ramai di Manila, Filipina. – Gambar EPA, 24 Januari, 2020.
Penari Thailand memakai kostum dewa Cina membuat persembahan sempena Tahun Baru Cina di Kuil Siam Tai Tien Kong di wilayah Samut Prakan, Bangkok. – Gambar EPA, 24 Januari, 2020.Murid Sekolah Kwang Hua dan Sekolah Menengah Islam ABIM menerima ang pau dari guru mereka semasa majlis "Sambutan Tahun Baru Cina Merentasi Kaum" di Sekolah Menengah (Persendirian) Kwang Hua di Klang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 24 Januari, 2020.
Komen