DI Kimanis, terdapat perusahaan kopi tempatan yang diuruskan anak jati kawasan itu.
Bagi hampir 2,000 penduduk Kampung Ulu Kimanis, Batu 14 Kimanis, perusahaan kopi itu adalah salah satu resmi kehidupan yang menyemarakkan kehidupan mereka.
Perusahaan Kopi Bintang Mas diuruskan tiga beradik keluarga Wong, berbeza dengan kopi moden yang terdapat dalam pasaran sekarang, ia masih menggunakan kayu api untuk memanggang biji kopi yang diimport khas dari Indonesia.
Kopi Bintang Mas bermula sejak 1992, hasil ilham Wong Fui Ann, 50 bersama dua abangnya, Wong Fui Ping, 52 dan Wong Fui Ming, 53.
Menurut Fui An, mereka menghasilkan sekurang-kurangnya tiga tan serbuk kopi dalam sebulan.
Proses mengambil masa lebih enam jam untuk mengasingkan biji kopi dimport khas dari Indonesia, memanggangnya di atas dapur kayu dan mengisarnya menjadi serbuk sebelum dijual.
Proses memanggang biji kopi diadakan setiap Selasa, Rabu dan Khamis.
Rahsia keunikan kopi mereka: Marjerin berkualiti yang dimasukkan ketika proses memanggang biji kopi menggunakan kayu api. Selain itu, kualiti kopi juga bergantung kepada jumlah marjerin, garam dan gula yang dimasukkan ketika proses memanggang.
Serbuk kopi keluaran keluarga Wong mempunyai tiga kategori iaitu Robusta, Arabica dan Ranau White Coffee, ia diedarkan dan dijual di tamu-tamu berhampiran Kimanis.
Hasil kerja keras mereka, pendapatan menjual kopi panggang kayu api boleh mencecah RM10,000 sebulan.
Bagi penduduk Kimanis dan sekitarnya, produk keluaran anak tempatan bernama Kopi Bintang Mas itu sudah sebati dengan lidah mereka dan mewarnai kehidupan mereka berdekad lamanya.– 20 Januari, 2020.
Kualiti kopi bergantung kepada campuran gula, garam dan marjerin yang dimasukkan ketika proses memanggang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 Januari, 2020.Patrick Wong memanggang biji kopi di kilang keluarganya yang sudah mengeluarkan serbuk kopi sejak tiga dekad lalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 Januari, 2020.Kualiti kopi bergantung kepada campuran gula, garam dan marjerin yang dimasukkan ketika proses memanggang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 Januari, 2020.Kualiti kopi bergantung kepada campuran gula, garam dan marjerin yang dimasukkan ketika proses memanggang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 Januari, 2020.Biji kopi berubah menjadi gumpalan hitam lembut selepas dipanggang dalam campuran gula, garam dan marjerin. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 Januari, 2020.Biji kopi Robusta antara tiga jenis biji kopi yang dipanggang di Kg Ulu Kimanis, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 Januari, 2020.Harum semerbak kopi panggang menyelubungi Kg Ulu Kimanis. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 Januari, 2020.Memanggang kopi menggunakan dapur kayu memelihara rasa dan aroma kopi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 Januari, 2020.Wong Fui Ann sibuk memanggang biji kopi menggunakan dapur kayu api. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 Januari, 2020.Wong Fui Ann membungkus serbuk kopi di kilang keluarganya di Kg Ulu Kimanis, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 Januari, 2020.Serbuk kopi dibungkus untuk dijual di tamu di Papar, Kimanis, Bongawan, Beaufort dan Kota Kinabalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 Januari, 2020.Wong Fui Ann menggunakan kayu api untuk memanggang biji kopi, proses yang didakwanya memelihara rasa dan aroma jenama kopi tradisional milik keluarganya itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 Januari, 2020.Kilang keluarga Wong memanggang hampir 160kg biji kopi sebelum mengisarnya menjadi serbuk untuk dijual dan diedarkan di Papar, Bongawan, Beaufort dan Kota Kinabalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 Januari, 2020.Aroma biji kopi panggang sudah sebati dengan penduduk Kg Ulu Kimanis. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 Januari, 2020.Kopi yang dihasilkan di Kg Ulu Kimanis ‘pekat kaw’ dan baunya harum semerbak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 Januari, 2020.Secawan kopi hitam dihasilkan daripada biji kopi Robusta yang dipanggang kayu api. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 Januari, 2020.Wong Fui Ann (kiri) menguruskan kilang kopi keluarganya bersama dua abangnya sejak 30 tahun lalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 Januari, 2020.
Komen