DI Membakut dan Bongawan yang terletak dalam kawasan Parlimen Kimanis, Sabah, kehidupan penduduknya tenang dan tidak rusuh.
Kawasan yang mempunyai banyak bangunan yang dibina British, ada antaranya wujud sejak 1920-an lagi, penduduknya melayari hidup seharian dalam ketenangan dan kedamaian persekitaran menakjubkan.
Kebanyakan penduduk menyara hidup dengan ikan bilis dan udang, yang ditangkap dan dijual di tepi jalan sepanjang Kimanis sehingga ke Papar. Ada juga hidupan laut yang ditangkap mereka diedar ke Labuan, Sarawak sehingga ke Semenanjung.
Projek Terminal Minyak dan Gas Sabah serta tapak jana kuasa elektrik adalah antara binaan moden di Kimanis.
Pekerjaan adalah langka di kawasan pedalaman Sabah itu, menyebabkan penduduknya masih ramai bekerja sendiri sebagai nelayan dan petani untuk meneruskan hidup. – 11 Januari, 2020.
Bongawan terletak dalam Parlimen Kimanis adalah pekan kecil pesisir barat Sabah. Tarikan utamanya adalah bangunan kedai berkayu era British yang dibina pada 1922 dan selepas perang pada 1950-an. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 Januari, 2020.
Boni Joyo menjual makanan Melayu kampung adalah salah sebuah restoran tertua di Pekan Bongawan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 Januari, 2020.
Pekerjaan adalah langka di Bongawan, penduduknya masih menjadikan ikan bilis dan udang sebagai sumber pendapatan utama mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 Januari, 2020.
Kanak-kanak bermain di luar bangunan lot kedai kayu binaan sebelum perang di Bongawan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 Januari, 2020.
Kehidupan aman dan tidak rusuh di Bongawan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 Januari, 2020.
Nelayan turun ke laut dari sungai di Kampung Batu 30, Kimanis. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 Januari, 2020.
Nelayan menyediakan peralatan mereka untuk bekalan sehari di laut di Kampung Batu 30, Kimanis. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 Januari, 2020.
Pemilik kedai membuka premis mereka di Kimanis, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 Januari, 2020.
Peniaga dengan hasil tuaian mereka di Pasar Tamu, Membakut, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 Januari, 2020.
Nelayan mengeluarkan jaring mereka untuk menangkap ikan bilis, sumber pendapatan utama penduduk, di sebuah jeti di Kg Binsulok, Membakut, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 Januari, 2020.
Pelajar sekolah melalui sebuah jambatan lama di Kg Binsulok, Membakut, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 Januari, 2020.
Seorang penduduk menuai tanaman jagungnya di Kg Pimping, Membakut, di mana tumpuan aktiviti ekonomi adalah berasaskan pertanian. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 Januari, 2020.
Pandangan Bandar Kimanis. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 Januari, 2020.
Seorang peniaga dengan jualannya, tembikai susu yang mudah didapati dan terkenal di Kimanis, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 Januari, 2020.
Kebanyakan penduduk Kimanis adalah petani. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 Januari, 2020.
Terminal Minyak dan Gas Sabah dan projek kuasa elektrik adalah antara binaan moden di Kimanis, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 Januari, 2020.
Penduduk membeli belah di pasar Kimanis. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 Januari, 2020.
Komen