KEINDAHAN dan keunikan dimiliki pulau-pulau sekitar Sabah menjadi tarikan utama warga Korea Selatan.
Kebanyakan mereka teruja untuk menyaksikan keindahan pemandangan ketika matahari terbenam dan melakukan aktiviti laut seperti snorkeling.
Mereka juga tertarik dengan budaya, tradisi tempatan dan kemudahan disediakan oleh kerajaan Sabah.
Mungkin ramai tidak menyangka bahawa terdapat komuniti Korea yang agak besar di Kota Kinabalu dan kebanyakannya terlibat dengan perniagaan restoran yang menyajikan hidangan istimewa mereka.
Kebanyakan pelancong Korea tidak berminat dengan suasana di bandar. Sebaliknya, mereka lebih gemar dengan alam semulajadi dengan menjelajah laut, hutan, gunung dan menambah “to-do list” dengan menyaksikan pemandangan matahari terbenam menakjubkan di tepi pantai Tanjung Aru di Kota Kinabalu, yang dikenali sebagai salah satu tempat terbaik di dunia untuk melihat matahari terbenam.
Mereka berenang, menginap di Kawasan berhampiran laut dan melakukan aktiviti setiap hari. Laut adalah kehidupan mereka.
Rakyat Korea adalah pelancongan kedua terbesar yang melawat Sabah selepas China. – 7 Januari, 2020.
Pelancong Korea menikmati minuman tempatan di pasar Filipina di Kota Kinabalu, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 7 Januari, 2020.
Masjid Kota Kinabalu menjadi lokasi tumpuan kedua paling banyak dilawati pelancong Korea yang melawat Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 7 Januari, 2020.Ramai pelancong Korea teruja untuk mengalami sendiri pengalaman menyaksikan matahari terbenam di pantai Tanjung Aru di Kota Kinabalu, yang dikenali sebagai salah satu tempat terbaik di dunia untuk melihat matahari terbenam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 7 Januari, 2020.Kedai kopi Yuit Cheong yang berusia lebih 100 tahun dan kini dijalankan oleh generasi kelima. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 7 Januari, 2020.Pelancong Korea mengibar bendera kebangsaan mereka semasa satu acara di Kota Kinabalu, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 7 Januari, 2020.Terdapat banyak perniagaan yang dijalankan oleh rakyat Korea di Sabah, termasuk restoran dan pasar mini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 7 Januari, 2020.Pelancong Korea gemarkan makanan laut segar dan ia menjadi tarikan utama Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 7 Januari, 2020.Ramai pelancong ke Sabah tidak melepaskan peluang untuk melihat pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan di pantai Tanjung Aru di Kota Kinabalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 7 Januari, 2020.
Pelancong Korea menikmati keenakkan buah-buahan tempatan di sebuah gerai di pasar Filipina, Kota Kinabalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 7 Januari, 2020.
Pelancong Korea mengemaskan bagasi mereka selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 7 Januari, 2020.
Komen