Kegembiraan berganda rakyat Sabah menyambut Krismas


Irwan Majid

SABAH amat dikenali dengan keunikannya menyambut festival perayaan, makanan dan tradisi.

Hal ini dibuktikan dengan sambutan Krismas.

Di Sabah, Krismas merupakan sambutan yang melambangkan kebudayaan dan warisan negeri selain menjadi simbol keharmonian dan solidariti antara pelbagai kaum dan agama di negeri itu.

Budaya bertukar hadiah antara penduduk Sabah merupakan usaha untuk mencontohi sifat pemurah Tuhan.

Namun tahun ini, kegembiraan menyambut Krismas menjadi lebih bermakna apabila Kerajaan Negeri mengumumkan 24 Disember sebagai cuti umum tambahan sebelum sambutan Krismas pada 25 Disember.

Sabah merupakan negeri kedua yang mempunyai penganut Kristian selepas Sarawak dengan anggaran 3.9 juta penduduk yang menganuti agama itu. – 24 Disember, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen