SETAKAT Mac 2017, terdapat lebih 420,200 orang kurang upaya (OKU) berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Definisi OKU termasuk kurang upaya dalam fizikal, mental, intelektual atau emosional.
Di Selangor, Pusat Latihan Industri dan Pemulihan Bangi dikendalikan oleh jabatan itu menawarkan latihan vokasional dan pemulihan perubatan.
Tugas utama dan objektif pusat itu ialah memperkasa ahli yang kurang upaya dengan latihan vokasional dan menawarkan pemulihan perubatan bagi membantu mereka mengembalikan kemahiran yang hilang akibat kemalangan.
Matlamatnya ialah untuk membolehkan ahli berdikari, mengelak kecacatan itu bertambah teruk, menyediakan pusat perkhidmatan untuk rujukan dan sumber latihan untuk pelajar perubatan, doktor gigi, juruteknik prostetik dan ortopedik serta kakitangan lain, menjadi pusat rujukan bagi menjalankan kajian berkaitan orang kurang upaya.
Setiap pelajar pelatih diberikan elaun RM150 dengan tempat tinggal dan makan percuma.
Antara jabatan paling penting di pusat pemulihan itu ialah unit prostetik (kaki palsu) dan ortopedik yang ditubuhkan pada 1984. Unit ini terdiri daripada enam pelajar atau pelatih yang bertugas di bawah bimbingan ketuanya Badrul Hisham Munir, 47, dan guru Zahir Abdul Hamid, 50. – 19 Disember, 2019.
Sampel kaki palsu dipamerkan di Pusat Latihan Industri dan Pemulihan Bangi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 19 Disember, 2019.Seorang OKU cuba memakai kaki palsu dihasilkan oleh guru dan pelatih dari Pusat Latihan Industri dan Pemulihan Bangi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 19 Disember, 2019.Seorang pelanggan cuba memakai kaki palsu yang dipasangkan oleh seorang pelajar OKU sambil dipantau oleh guru di bengkel unit prostetik dan ortopedik di Pusat Latihan Industri dan Pemulihan Bangi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 19 Disember, 2019.Pelajar OKU saling membantu membersihkan asrama mereka sebelum cuti semester penggal akhir di Pusat Latihan Industri dan Pemulihan Bangi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 19 Disember, 2019.Pelajar OKU belajar membuat kaki palsu daripada guru mereka di Pusat Latihan Industri dan Pemulihan Bangi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 19 Disember, 2019.Guru Zahir Abdul Hamid (memegang telefon) mengambil gambar selfie bersama ketua guru Badrul Hisham Abdul Jahiri (belakang) dan pelajar sebelum cuti semester bermula di Pusat Latihan Industri dan Pemulihan Bangi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 19 Disember, 2019.Ukuran kaki palsu seorang pelanggan direkodkan oleh guru. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 19 Disember, 2019.Seorang pelajar OKU membersihkan kaki palsu dan memberikan sentuhan terakhir sebelum ia dihantar kepada pelanggan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 19 Disember, 2019.Seorang pelajar OKU memakai sarung tangan dan cermin mata keselamatan ketika menebuk lubang di satu kaki palsu di bengkel. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 19 Disember, 2019.Seorang pelajar OKU membantu gurunya mengukur kaki pelanggan sebelum membaiki kaki palsu di bengkel. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 19 Disember, 2019.
Komen