TEMASYA Sukan SEA ke-30 membuka tirai dengan penuh tradisi dalam majlis pembukaan penuh gilang gemilang di stadium terbesar dunia, Philippines Arena, di Bulacan yang berkapasiti 55,000 orang, malam tadi.
Berbeza dari temasya sebelum ini, upacara pembukaan kali ini diadakan di dewan tertutup dan bukan di stadium.
Buat pertama kali juga, kawah obor sukan ini diletakkan di lokasi berbeza, iaitu di New Clark Athletics Stadium yang terlelak kira-kira 90 kilometer dari Bulacan, dan majlis penyalaan obor itu disiarkan melalui skrin di arena berkenaan.
Kontinjen Malaysia diketuai pembawa Jalur Gemilang dan juara dunia boling 2018 Rafiq Ismail, diikuti lebih 100 atlet dan pegawai termasuk Chef-de-mission (CDM) Megat Zulkarnain Omardin dan dua timbalannya Nurul Huda Abdullah dan Ahmad Faedzal Md Ramli.
Lebih 8,000 atlet dari 10 negara Asean dan Timor Leste akan bertanding dalam 530 acara daripada 56 jenis sukan yang dilangsungkan di tiga kluster utama iaitu Manila, Clark dan Subic.
Peninju berkelas dunia dari Filipina, Manny Pacquiao dan Nesthy Petecio diberikan penghormatan sebagai pembawa obor, manakala perasmian disempurnakan oleh Presiden Filipina Rodrigo Duterte.
Malaysia menghantar satu kontinjen yang kuat dengan 773 atlet dan 339 pegawai dengan menyertai 52 jenis sukan dan menyasarkan untuk membawa pulang 70 emas, 51 perak dan 105 gangsa untuk kedudukan tempat keempat. – 1 Disember, 2019.
Kontinjen Malaysia diketuai pembawa Jalur Gemilang dan juara dunia boling 2018 Rafiq Ismail memasuki arena pada pembukaan Sukan SEA ke 30 di Filipina, malam tadi.– Gambar EPA, 1 Disember, 2019.Penari membuat persembahan pada pembukaan Sukan SEA ke-30 di Bulacan, Filipina.– Gambar EPA, 1 Disember, 2019. Persembahan tarian tradisional Filipina mewarnai acara pembukaan Sukan SEA ke 30 di Bulacan, Filipina.– Gambar EPA, 1 Disember, 2019.Kontinjen Kemboja memasuki arena pada pembukaan temasya Sukan SEA ke-30, di Bulacan, Filipina.– Gambar EPA, 1 Disember, 2019.Pegawai dan atlet Indonesia berarak masuk ke arena pada pembukaan Sukan SEA ke-30 di Bulacan, Filipina.– Gambar EPA, 1 Disember, 2019.Juara tinju Filipina Manny Pacquiao dipaparkan pada skrin arena sebagai pembawa obor bagi temasya Sukan SEA ke-30.– Gambar EPA, 1 Disember, 2019.Seorang petugas menjalankan pemeriksaan akhir di New Clark Athletics Stadium sebelum bermulanya temasya Sukan SEA ke-30.– Gambar EPA, 1 Disember, 2019.Perlawanan acara Polo Air Wanita antara Thailand dan negara tuan rumah Filipina yang berlangsung di Pusat Akuatik New Clark City di Capas, Filipina.– Gambar EPA, 1 Disember, 2019.Pasukan polis khas Filipina menjalankan kawalan keselamatan di Pusat Akuatik New Clark City di Capas, Filipina.– Gambar EPA, 1 Disember, 2019.Aksi penyokong Thailand pada perlawanan bola sepak pusingan pertama Sukan SEA ketika menentang Brunei.– Gambar EPA, 1 Disember, 2019.Pemain Malaysia Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak (tengah) diasak pemain Filipina, Christian Rontini (kiri) pada pusingan pertama perlawanan bola sepak lelaki Sukan SEA ke-30 di Manila, Filipina.– Gambar EPA, 1 Disember, 2019. Pemain Singapura Yee Jia Ooi meraikan kemenangan dalam acara sukan polo air lelaki ketikamenentang Filipina di Pusat Akuatik New Clark City di Capas, Filipina.– Gambar EPA, 1 Disember, 2019.
Komen