Mengimbau semalam


David ST Loh

JURUGAMBAR David ST Loh mengambil peluang menyusuri jalan-jalan di George Town, Pulau Pinang sambil merakam suasana yang semakin hilang dari negara ini. 

Selari dengan pembangunan negara, banyak kedai-kedai lama yang diwarisi turun temurun dari generasi sebelum ini digantikan dengan premis perniagaan moden. Francais dan syarikat besar kini dilihat mengambil alih ruang komersil di Malaysia yang sebelum ini diwarnai oleh kedai makan dan kedai runcit yang diuruskan oleh sesebuah keluarga secara turun temurun. 

Kedai-kedai tradisi ini memiliki keunikannya tersendiri tidak seperti premis perniagaan besar yang lain, yang beroperasi dari satu lokasi yang biasanya hanya ruang kecil dan mereka tidak mampu bersaing dengan perniagaan baru yang mampu meraih keuntungan besar. 

Tambahan pula, kebanyakan pemilik kedai unik ini, kini berusia 70an dan 80an, dan semakin tua untuk meneruskan perniagaan. Anak-anak mereka pula diharapkan menjadi pewaris perniagaan keluarga itu.

Ianya satu “nostalgia” yang membawa kita ke masa lalu, menggamit memori kenangan atau zaman kanak-kanak yang mungkin akan luput dengan arus pembangunan yang tidak mampu kita kawal.  – 23 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen