Kemeriahan Pasar Tamu di Kota Belud 


Irwan Majid

SETAHUN sekali, Kota Belud menjadi tuan rumah kepada Tamu Besar yang mana masyarakat turut ke daerah ini untuk merasai kemeriahannya.

Tamu Besar merupakan tamu (pasar) terbesar di Sabah. Peniaga dari segenap pelusuk negeri untuk menjual barangan mereka dan turut mengetengahkan budaya Kota Belud yang berwarna warni.

Terletak 75 kilometer dari Kota Kinabalu iaitu di Kampung Siatai, pasar terbuka itu mula beroperasi seawal pukul 5 pagi yang mana pengunjung pasti dapat menyaksikan kepelbagaian budaya dari etnik seperti Bajau, Kadazandusun, Iranun, Cina dan lain-lain.

Berkunjung ke Tamu Kota Belud, mata pasti dihidangkan dengan pelbagai cenderamata, herba beraroma, makanan yang enak, tekstil di samping keriuhan suasana pasar. Sesetengah peniaga hanya meletakkan meja dan ada yang hanya menghamparkan plastik untuk mempamerkan barangan jualan mereka.

Peniaga biasanya terdiri daripada usahawan kecil, petani dan pemilik perniagaan kecil, membuka gerai mereka dan mempamerkan segala macam barangan segar, makanan dan kek serta barangan tradisional dan kraftangan yang dihasilkan mereka. – 17 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen