Di Angin Laut, lumba kuda berkaki ayam


LUMBA kuda adalah sebahagian acara pesta tradisional di Pulau Sumbawa, 320 km dari Jawa dan Bali, Indonesia.

Tanpa abah-abah dan pelana, budak lelaki menunggang kuda berbaki ayam dan hanya memakai topi mainan. Perlumbaan itu terbuka kepada semua budak lelaki berusia antara enam hingga 10 tahun, yang mengambil bahagian dalam pertandingan tradisi menandakan tamatnya musim menuai.

Kelajuan lumba kuda boleh mencecah sehingga 80kilometer sejam dan risikonya tinggi sekiranya terjatuh.

Ketika pesta, kanak-kanak boleh berlumba sehingga 15 kali setiap hari menggunakan kuda berbeza untuk pusingan awal sebelum layak ke pusingan akhir. Hadiah utama adalah motosikal, diikuti kerbau, lembu dan peti sejuk.

Pemilik kuda mendapat hadiah tersebut dan membayar joki hanya sekitar RM15-45, bergantung kepada kejayaan mereka.

Ibu bapa gembira berkongsi hasil lelah anak mereka. Ada pihak menganggapnya satu eksploitasi, tetapi untuk penduduk tempatan joki kanak-kanak menyumbang kepada pendapatan keluarga di salah sebuah daerah termiskin Indonesia. – 12 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen