GEMPA bumi bermagnitud 5.9 yang melanda Gunung Kinabalu empat tahun lalu mengubah wajah Sungai Melangkap yang terletak di Kota Belud.
Hari ini, kawasan yang berbatu itu sedang dibangunkan sebagai tempat percutian keluarga.
Tragedi ini juga memberi kesan kepada penduduk kampung yang bercucuk tanam berhampiran sungai. Banjir berubah landskap Sungai Melangkap, dan tanahnya tidak lagi subur kerana ditutupi batu yang jatuh dari gunung.
Dahulu, terdapat dua anak sungai tetapi sejak gempa 2015, hanya satu sahaja yang tinggal. Kawasan tersebut dibersihkan dan dibangunkan sebagai tarikan pelancong.
Tapak perkhemahan Polumpung, yang diwujudkan pada awal 2017, memberi harapan baru kepada penduduk kampung.
Namanya diambil daripada perkataan Dusun yang bermakna “kawasan pulau”, tapak Polumpung kini menerima sehingga 500 pengunjung setiap minggu.
Ia terletak di kampung Melupuk di Kota Belud, kawasan antara Kota Kinabalu dan Ranau. – 9 Oktober 2019.
Kanak-kanak menyeberangi jambatan gantung Sungai Melangkap. Kawasan yang terletak di Kota Belud ini menjadi tarikan baru kepada pengunjung untuk menyaksikan pemandangan Gunung Kinabalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Oktober, 2019.Tapak perkhemahan dengan pemandangan indah Gunung Kinabalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Oktober, 2019.Gempa bumi 5.9 magnitud yang melanda Gunung Kinabalu empat tahun lalu mengubah wajah Sungai Melangkap di Kota Belud. Hari ini, kawasan dipenuhi batu ini menjadi tempat percutian keluarga. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Oktober, 2019.Seorang pengunjung mandi-manda di sungai dengan berlatarkan pemandangan indah Gunung Kinabalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Oktober, 2019.Sejak gempa bumi pada 2015, Sungai Melangkap berubah menjadi tumpuan pelancong. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Oktober, 2019.Pelancong menikmati pemandangan berhampiran Sungai Melangkap. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Oktober, 2019.Kanak-kanak bermain di Sungai Melangkap di Kota Belud. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Oktober, 2019.Gempa yang melanda Gunung Kinabalu empat tahun lalu mengubah wajah Sungai Melangkap di Kota Belud. Selepas kerja pembersihan dan pembangunan, ia kini menjadi tempat percutian keluarga. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Oktober, 2019.Sungai Melangkap popular dengan aktiviti perkelahan dan mereka yang ingin mengambil gambar Gunung Kinabalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Oktober, 2019.Perkhemahan Polumpung di Kota Belud menerima sehingga 500 pengunjung setiap minggu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Oktober, 2019.Pengunjung datang ke Sungai Melangkap untuk menikmati kesejukan air sungai sambil menikmati pemandangan indah Gunung Kinabalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Oktober, 2019.Seorang kanak-kanak perempuan asyik mandi-manda di Sungai Melangkap. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Oktober, 2019.Perkhemahan Polumpung diambil daripada perkataan Dusun yang bermakna 'kawasan pulau'. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Oktober, 2019.
Komen