PEMAIN dram kumpulan rock Search, Yazit Ahmad meninggal dunia tengah hari ini selepas mengalami pendarahan dalam kepala sejak dua hari lalu.
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada usia 57 tahun di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dicabut mesin bantuan hayat.
Yazit dimasukkan ke hospital sejak awal pagi Selasa selepas mengadu sesak nafas lebih kurang 3.30 pagi.
Yazit sebelum ini diketahui mengalami masalah buah pinggang yang kronik sehingga membatasi pergerakannya sejak beberapa tahun lalu. Beliau sakit buah pinggang lebih 10 tahun lalu.
Beliau bagaimanapun sempat bersama Search membuat persembahan dalam Konsert Fenomena 30 Tahun pada 2011 dan di Istana Budaya pada 2014.
Jenazah Yazit dibawa ke Masjid Salahuddin Al-Ayubi di Taman Melati, Kuala Lumpur dan dikebumikan di Raudatul Sakinah di Taman Selasih. – 26 September, 2019.
Majlis pengebumian Yazit Ahmad dilakukan di Raudatul Sakinah, Taman Selasih, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 26 September, 2019.Balu Yazit Ahmad, Ramlah Ahmad menjirus air mawah ke pusara suaminya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 26 September, 2019.Antara tetamu yang turut menghantar Yazit Ahmad pulang kepada pencipta di Raudatul Sakinah, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 26 September, 2019.Jenazah Yazit Ahmad, pemain dram kumpulan rock ternama tanah air, Search selamat dikebumikan di Raudatul Sakinah, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 26 September, 2019.Jenazah Yazit Ahmad dibawa ke Raudatul Sakinah selepas disembahyangkan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi di Taman Melati. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 26 September, 2019. Jenazah Yazit Ahmad disembahyangkan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi di Taman Melati. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 26 September, 2019. Rakan dan keluarga Yazit Ahmad yang bersama-sama menghantarnya pulang hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 26 September, 2019. Rakan dan keluarga Yazit Ahmad yang bersama-sama menghantarnya pulang hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 26 September, 2019. Rakan dan keluarga Yazit Ahmad yang bersama-sama menghantarnya pulang hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 26 September, 2019. Rakan dan keluarga Yazit Ahmad yang bersama-sama menghantarnya pulang hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 26 September, 2019. Penyanyi Hattan antara rakan artis yang membuat lawatan terakhir kepada Yazit Ahmad. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 26 September, 2019. Rakan dan keluarga Yazit Ahmad yang bersama-sama menghantarnya pulang hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 26 September, 2019. Balu Yazit Ahmad, Ramlah Ahmad menangisi pemergian suaminya. Yazit meninggal dunia tengahari tadi selepas pendarahan dalam kepala sejak dua hari lalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 26 September, 2019.
Komen