Mahasiswa Indonesia turun ke jalanan pertahan semangat Reformasi


RIBUAN mahasiswa Indonesia turun ke jalanan untuk membantah cadangan kod jenayah dibuat kerajaan yang disifatkan meluntur semangat Reformasi 1998, penentangan bersejarah yang berjaya menyingkirkan Suharto dan membolehkan negara itu mengecapi kebebasan awam. 

Sejak Isnin, mahasiswa turun ke jalanan untuk membantah cadangan perundangan yang dianggap mereka bakal mengugah ruang demokratik republik itu.

Selain pengharaman seks luar nikah dan homoseksual yang dianggap melanggar hak asasi, kod jenayah baharu itu juga boleh melemahkan agensi anti rasuah yang digeruni serta menjadikan perbuatan menghina presiden sebagai jenayah. 

Polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan di luar bangunan Parlimen Indonesia, Jakarta. Sekurang-kurangnya 40 orang dilapor cedera. 

Tunjuk perasaan mahasiswa juga berlaku di Makasar, Sulawesi, dan di Semarang, Jawa. – 25 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen