Ratusan warga kota berarak bantah perubahan iklim


Nazir Sufari

LEBIH 300 orang, termasuk kanak-kanak, turun ke jalan raya di Kuala Lumpur semalam bagi menyatakan bantahan terhadap masalah perubahan iklim dan menyuarakan pendirian mereka terhadap kapitalisme alam sekitar, berikutan pemogokan global yang diketuai oleh aktivis remaja alam sekitar Greta Thunberg.

Peserta himpunan memulakan perarakan dari Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman kira-kira jam 4.30 petang dan tiba di Dataran Merdeka jam 5.15 petang.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh kumpulan Klima Action Malaysia itu menuntut kerajaan membuat undang-undang Akta Jerebu Rentas Sempadan untuk mengambil tindakan tegas terhadap syarikat-syarikat yang menyumbang kepada gejala jerebu, menyekat syarikat-syarikat pelaburan berkaitan dengan kerajaan dari bekerja dengan syarikat yang menyebabkan kerosakan alam sekitar dan peranti ke sistem memantau titik panas di seluruh negara.

Gerakan #MALAYSIAAGAINSTHAZE juga mendorong pemimpin Asean untuk bekerjasama dengan berkesan bagi memerangi masalah tersebut. – 22 September Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen