JABATAN Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan arahan larangan membuat pembakaran secara terbuka susulan masalah jerebu yang melanda negara semakin buruk.
Ketua Pengarah Norlin Jaafar berkata pembakaran terbuka dilarang, kecuali pembakaran mayat dan ritual keagamaan, sehingga berakhirnya monsun barat daya.
“Semua pihak diminta tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau dicerobohi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja,” katanya dalam satu pernyataan.
Beliau menggesa orang ramai membantu memadamkan kebakaran kecil dan melaporkannya kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat dan JAS.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi memberi amaran berhubung kualiti udara tidak sihat sehingga esok di Sarawak (Sri Aman, Serian, Kuching dan Betong), beberapa negeri di Semenanjung (Pahang, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor) dan Sabah (Tenom dan Sipitang). – 11 September, 2019
Seorang pengawal lalu lintas memakai topeng semasa bertugas di Kuala Lumpur susulan keadaan jerebu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 11 September, 2019.Bangunan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya diselubungi jerebu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 11 September, 2019.Seorang lelaki memancing di perairan Port Klang yang dipenuh jerebu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 11 September, 2019.Menara Berkembar Petronas dan bangunan lain di Kuala Lumpur hampir tidak kelihatan kerana dilindungi jerebu tebal. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 11 September, 2019.Seorang lelaki yang memakai topeng berjalan berhampiran sebuah kompleks membeli-belah di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 11 September, 2019.Seorang pelanggan membeli satu pek topeng di sebuah farmasi di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 11 September, 2019.Seorang wanita menutup hidung dan mulut kerana keadaan berjerebu di Putrajaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 11 September, 2019.Pasukan kayak tetap meneruskan latihan walaupun keadaan sekitar diselubungi jerebu di Putrajaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 11 September, 2019.
Tahap penglihatan kurang baik di sekitar ibu negara Kuala Lumpur, dengan jerebu menyelubungi Menara Berkembar Petronas, Menara KL dan bangunan lain. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 11 September, 2019.Kualiti udara buruk di Kota Kinabalu, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 September, 2019.Pengguna jalan raya di ibu negeri Kota Kinabalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 September, 2019.
Komen