PENDUDUK di Pulau Gaya, yang sekian lama bergantung kepada penjual air terawat akan menjadi yang pertama di Sabah menerima bekalan air secara prabayar.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Junz Wong berkata sebanyak 510 isi rumah di dua kampung akan dibekalkan dengan air daripada sistem berkenaan sebelum diperluaskan ke bahagian lain di pulau.
Penghuni Pulau Gaya membelanjakan antara RM150 hingga RM300 sebulan bagi mendapatkan air terawat, dibeli daripada vendor di atas bot yang memperoleh bekalan dari tanah besar.
Masalah bekalan air di Pulau Gaya menjadi berita sebelum pilihan raya umum tahun lalu, apabila Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara mendapati peruntukan melebihi RM100 juta untuk membina saluran paip untuk membekalkan air tidak digunakan sepenuhnya.
Kos sistem sebanyak RM5.3 juta akan ditanggung oleh Kementerian Pembangunan Infrastruktur negeri. Ia akan selesai dalam tempoh lima bulan. – 4 September, 2019.
Pembekal menjual air terawat dengan bot kepada penduduk Pulau Gaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 4 September, 2019.Seorang budak lelaki mandi di luar rumah yang ada di Pulau Gaya, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 4 September, 2019.
Penduduk Pulau Gaya dijangka mendapat bekalan air terawat secara tetap dalam tempoh lima bulan, apabila saluran paip bernilai RM5.3 juta siap. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 4 September, 2019.
Perjalanan ke Pulau Gaya mengambil masa hanya mengambil masa lima minit jika menaiki bot dari jeti Kota Kinabalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 4 September, 2019.
Penduduk Pulau Gaya sekian lama bergantung kepada pembekal untuk mendapatkan air terawat dari tanah besar. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 4 September, 2019.
Kanak-kanak bermain di sekitar kediaman yang ada di Pulau Gaya, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 4 September, 2019.
Penduduk Pulau Gaya membelanjakan antara RM150 hingga RM300 sebulan untuk mendapatkan bekalan air terawat dari tanah besar Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 4 September, 2019.
Penduduk Pulau Gaya akan menjadi yang pertama di Sabah mendapatkan bekalan air secara prabayar. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 4 September, 2019.
Bot laju adalah cara pengangkutan yang menjadi pilihan penduduk di Pulau Gaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 4 September, 2019.
Kanak-kanak di Pulau Gaya menaiki bot untuk ke sekolah yang terletak di di tanah besar. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 4 September, 2019.
Komen