LEBIH dua juta umat Islam memulakan ibadat haji. Haji, salah satu daripada perhimpunan agama terbesar di dunia, termasuk dalam rukun Islam yang lima dan wajib ditunaikan oleh semua umat Islam sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Kira-kira 2.5 juta umat Islam berpakaian serba putih membanjiri dataran di Bukit Arafah semalam, sebagai tanda bermulanya wukuf untuk melengkapkan ibadat haji dalam keadaan cuaca yang sangat panas.
Seluruh jemaah berada di Bukit Arafah sehingga matahari terbenam sebelum bergerak ke Muzdalifah untuk mengutip batu bagi melaksanakan ibadat melontar di Jamrah, ketika Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban sebagai tanda pengorbanan seorang hamba. – 11 Ogos, 2019.
Jemaah melakukan ibadat tawaf di dalam Masjidil Haram dalam melengkapkan perjalanan haji masing-masing. – Gambar EPA, 11 Ogos, 2019.Jemaah haji menunaikan solat di Bukit Arafah, sambil berdoa pada waktu wukuf yang dikatakan di mana Allah mengangkat semua doa hambanya. – Gambar EPA, 11 Ogos, 2019.Jemaah kelihatan berjalan kaki dalam hujan berhampiran Bukit Arafah, atau dikenali juga dengan nama Jabal al-Rahmat, di tenggara kota suci Mekah, di Arab Saudi ketika menunaikan ibadat wukuf. – Gambar AFP, 11 Ogos, 2019.Jemaah bersolat dan berdoa di luar masjid Namirah di Bukit Arafah, ketika menunaikan ibadat wukuf. – Gambar AFP, 11 Ogos, 2019.Jemaah haji bersolat di Bukit Arafah, ketika berwukuf. Bukit Arafah dikatakan lokasi terakhir Nabi Muhammad menyampaikan dakwahnya kira-kira 14 abad lalu, ketika membawa umat Islam menunaikan Haji. – Gambar AFP, 11 Ogos, 2019.Pekerja menukar Kiswa, kain penutup Kaabah yang diperbuat daripada sutera hitam dengan benang berwarna emas yang disulam dengan ayat al-Quran. – Gambar AFP, 11 Ogos, 2019.Labbaika Allahumma Labbaik. Jemaah haji bersolat di Bukit Arafah ketika menunaikan ibadat wukuf semalam. – Gambar AFP, 11 Ogos, 2019.Berdoa sepenuh hati, penyerahan hamba kepada Allah. Jemaah menunaikan solat dan berdoa di Bukit Arafah ketika berwukuf. – Gambar EPA, 11 Ogos, 2019.Jemaah haji berkumpul di Arafah ketika menunaikan wukuf untuk menyempurnakan ibadat haji mereka. – Gambar EPA, 11 Ogos, 2019.Seorang anggota tentera dilihat merenjis air ke arah jemaah haji untuk menyejukkan mereka yang berjalan kaki ke Bukit Arafah dalam keadaan cuaca yang sangat panas. – Gambar EPA, 11 Ogos, 2019.Jemaah haji mengutip batu di Muzdalifah untuk menyempurnakan ibadat melontar di Mina. – Gambar AFP, 11 Ogos, 2019.
Komen