Simulasi haji si cilik


Seth Akmal

UMAT Islam di seluruh dunia akan membuat perjalanan ke tanah suci Mekah di Arab Saudi bagi menunaikan haji esok. 

Ia merupakan ibadah wajib bagi orang Islam untuk melaksanakan haji sekali seumur hidup mereka.

Mereka yang pergi menunaikan haji perlu bersedia secara fizikal dan kewangan.

Pada tahun ini, 100 murid dari Tadika Akal Bestari diberi peluang untuk menyertai program Simulasi Junior Haji.

Murid berusia di antara empat hingga enam tahun berpeluang melakukan simulasi bagaimana jemaah menunaikan ibadah haji. – 9 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen