Misi mencari Nora


Hasnoor Hussain

PENCARIAN remaja perempuan warga Britain yang hilang, Nora Quoirin kini ditumpukan di Sungai Berembum, sebatang sungai yang mengalir 60m dari resort The Dusun dekat Seremban, Negeri Sembilan, lokasi terakhir gadis itu terakhir dilihat oleh saksi yang mengatakan beliau melihat Nora berenang tanpa berpakaian pagi itu.

Misi penyelamat kini masuk hari keempat dengan 178 anggota, termasuk anggota unit elit Senoi Praq dan K9 turut dikerahkan di samping bantuan helikopter polis.

Quoirin, 15, hilang dari The Dusun, sebuah resort hutan hujan tropika di Seremban, 63km di selatan Kuala Lumpur. Beliau tiba di Malaysia bersama keluarganya pada Sabtu bagi lawatan selama dua minggu.

Keluarga yang terdiri daripada pasangan suami isteri dan tiga anak mereka, mendaftar masuk ke resort pada jam 7 pagi Sabtu. – 7 Ogos, 2019.


 


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen