Pemandangan menakjubkan di Kawah Ijen, Indonesia


David ST Loh

MENDAKI dengan limpahan cahaya bulan ke Kawah Ijen sememangnya menerbitkan rasa romantis. Ramai seperti kami berjalan selama sejam setengah semata-mata untuk melihat api biru dari kawah yang memukau pandangan.

Terdapat aktiviti ketika tiba di dasar gunung berapi pada jam 3 pagi. Para penjalan kaki berkumpul di sekitar unggun api kecil, ada yang menikmati air panas di warung (restoran kecil) sementara jurupandu mengedarkan lampu suluh dan topeng gas.

Dataran Ijen yang dikenali sebagai “Kawah Ijen” adalah sebuah kompleks gunung berapi yang tenang tetapi aktif terletak berhampiran bandar Banyuwangi di Pulau Jawa Indonesia dan dianggap sebagai salah satu kawasan yang harus dilawati.

Pendakian curam dan berdebu sejauh 6km perlu bermula pada jam 3.30 pagi. Bergantung pada tahap kecergasan, pendaki boleh sampai ke puncak kawah sekitar sejam.

Berkongsi satu laluan selebar dua meter dengan pembawa barangan, pendaki yang tidak mampu naik ke atas juga boleh dibawa menaiki troli oleh pembawa barangan, naik ke ketinggian 2,799 meter.

Bagi mereka yang tidak mampu melakukan perjalanan dengan kaki, kos menaiki troli berharga 800,000 rupiah (RM234). – 4 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen