Sultan Brunei sambut jubli emas naik takhta


SELURUH rakyat di negara Brunei hari ini meraikan sambutan Jubli Emas ulang tahun ke-50 bertakhta Sultan Hasanal Bolkiah dengan sambutan meriah diadakan secara besar-besaran di Bandar Seri Begawan.

Sambutan itu turut diwarnai dengan perarakan gilang-gemilang baginda dan pasangan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam mengelilingi ibu kota Brunei itu pada Khamis. 

Peristiwa bersejarah ini turut memaparkan buat julung kali potret permaisuri dipasang bersebelahan dengan potret Sultan Brunei di semua pintu gerbang termasuk di jalan raya yang mana sebelum ini hanya potret baginda seorang ditampilkan. – 5 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen