Bangkai pesawat tempur Jepun di Kampung Sugud


Irwan Majid

KAMPUNG Sugud di Penampang Sabah mahu menjadikan lokasi rahsia mereka – kawasan sebuah pesawat tempur Jepun pada Perang Dunia II yang terhempas sebagai satu tarikan pelancong.

Terletak kira-kira 3km dari Hutan Simpan Kampung Sugud, terdapat sebuah bangkai kapal terbang Jepun yang terhempas 75 tahun lalu di sebuah bukit yang tidak dinamakan.

Penemuan bangkai kapal itu tidak pernah dilaporkan kepada orang ramai walaupun diketahui oleh penduduk kampung yang dari semasa ke semasa cuba mencari beberapa bahagian kapal itu untuk digunakan atau dijual sebagai logam besi.

Peristiwa yang berlaku pada musim menuai padi sekitar 1944 itu tidak hilang dalam sejarah berikutan ia masih diingati oleh sesetengah warga emas di kawasan berkenaan. – 30 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen