Perbicaraan Najib terganggu akibat ancaman bom


Afif Abd Halim

HAKIM Nazlan menangguhkan prosiding hari ini setelah menerima ancaman bom daripada seseorang tidak dikenali.

Kompleks mahkamah dikosongkan pada jam 12.30 tengah hari tadi menyebabkan semua kes mahkamah pada hari ini terganggu termasuk perbicaraan kes SRC International membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak.

Orang ramai di dalam kompleks mahkamah dilihat mula keluar dari bangunan dan berkumpul di pintu masuk.

Polis telah mengepung pintu masuk kompleks mahkamah dan tidak membenarkan sesiapa untuk masuk ke dalam kawasan bangunan.

Ancaman bom itu dipercayai dibuat oleh seseorang yang tidak dikenali menghubungi polis pagi ini dan memberitahu ada bom di kompleks berkenaan.

Sumber ancaman masih belum dapat dipastikan.  – 25 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen