Jana pendapatan dengan ketum


Hasnoor Hussain

KETUM yang diklasifikasi berbahaya di negara ini digunakan satu pasukan lumba basikal profesional yang mengungguli empat peringkat perlumbaan berprestij Le Tour de France minggu lalu adalah minuman berasaskan ketum.

Minuman “ketones” yang digunakan untuk pemulihan dan ketahanan atletnya itu juga digunakan pasukan lain dalam perlumbaan itu dan tidak tersenarai sebagai dadah terlarang dalam sukan.

Namun tumbuhan ketum yang tumbuh segar di bumi Malaysia itu bagaimanapun mendapat tanggapan berbeza di negara sendiri kerana masih diklasifikasi bahan berbahaya mengikut Akta Racun 1952.

Ketum atau nama saintifiknya Mitragyna speciosa dan didapati di beberapa negara Asia Tenggara ini boleh mencecah antara RM400 hingga RM500 di pasaran antarabangsa. – 23 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen