Aktiviti bom ikan jejas hidupan marin Sabah


Irwan Majid

AKTIVITI bom ikan berlaku setiap hari di perairan Sabah, membahayakan nelayan dan kehidupan marin, kata pihak berkuasa Sabah.

Kekurangan penguatkuasaan di perairan menyebabkan penggunaan bom ikan yang berleluasa bagi penangkapan ikan secara haram, kata kumpulan nelayan, susulan kematian dua pelancong ketika menyelam.

Walaupun diharamkan, penggunaan bom ikan masih menjadi amalan popular kerana hasilnya  hampir tujuh kali ganda berbanding kaedah konvensional.

Bahan peledak, biasanya buatan sendiri, menyebabkan gelombang kuat yang membunuh atau membuatkan ikan terkejut sehingga terapung ke permukaan air. Para nelayan kemudian dengan mudah menyauknya dengan jaring.

Kos dan harga bom ikan tetap murah walaupun tangkapan semakin besar - sekurang-kurangnya dalam jangka masa pendek.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bersama-sama dengan agensi lain yang berkaitan akan meningkatkan operasi untuk memerangi pengeboman ikan di perairan Sabah. – 14 Julai, 2019.




 


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen