Nelayan tolak projek tambakan laut Pulau Pinang


Hasnoor Hussain

PROJEK tambakan laut selatan Pulau Pinang (PSR) akhirnya dapat kelulusan kerajaan untuk diteruskan.

Kelulusan berserta dengan 72 syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Lebih kurang 200 nelayan dari Perak dan Pulau Pinang, bersama aktivis alam sekitar berhimpun di pintu masuk Parlimen semalam untuk membantah projek kontoversi itu.

PSR melibatkan pembinaan tiga pulau buatan di selatan Pulau Pinang di mana sebahagian pulau-pulau ini akan dijual sebagai modal untuk menampung kos projek di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP). 

PTMP ialah projek inisiatif kerajaan negeri dengan kos dianggarkan RM46 bilion, merangkumi terowong dasar laut menghubungkan bahagian pulau ke tanah besar, lebuh raya, LRT, monorel serta rangkaian laluan bas secara menyeluruh di bahagian pulau dan tanah besar. – 12 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen