PENUNJUK perasaan merempuh masuk bangunan Parlimen Hong Kong sebentar tadi menjelang ulang tahun penyerahan kawasan itu kepada China, memecahkan tingkap dan pintu kaca kebal dan jeriji besi yang mengheret kota itu kepada krisis lebih buruk.
Tindakan terbaru itu meningkatkan ketegangan di hub kewangan dunia itu. Bantahan mega bersejarah menentang rang undang-undang yang membolehkan ekstradisi ke tanah besar China itu sudah masuk minggu ketiga.
Puluhan ribu aktivis demokrasi mengadakan bantahan aman sejak tengahari tadi, menggesa pemimpin pro Beijing meletak jawatan dan mengembalikan semula kebebasan yang sejak beberapa tahun lepas terhakis. – 2 Julai, 2019.
Penunjuk perasaan menunjukkan rasa tidak senang mereka selepas beratus-ratus orang memecah masuk ke bangunan Parlimen pada ulang tahun ke-22 penyerahan Hong Kong dari Britain ke China. – Gambar AFP, 2 Julai, 2019. Penunjuk perasaan memecahkan tingkap bangunan Majlis Perundangan di Hong Kong pada ulang tahun ke-22 penyerahan Hong Kong dari Britain ke China. – Gambar EPA, 2 Julai, 2019. Penunjuk perasaan berlindung di bawah payung bagi mengelak terkena gas pemedih mata di luar bangunan Majlis Perundangan di Hong Kong. Beratus-ratus penunjuk perasaan memecah masuk ke bangunan Parlimen pada ulang tahun ke-22 penyerahan Hong Kong dari Britain ke China. – Gambar EPA, 2 Julai, 2019.Polis mengawal keadaan apabila beribu-ribu penunjuk perasaan berkumpul di Bangunan Majlis Perundangan di Hong Kong. – Gambar EPA, 2 Julai, 2019.Penunjuk perasaan menconteng lambang Hong Kong setelah memecah masuk bangunan Parlimen di Hong Kong pada ulang tahun ke-22 penyerahan Hong Kong ke China. – Gambar AFP, 2 Julai, 2019. Polis cuba menghalau penunjuk perasaan dengan gas pemedih api ketika rusuhan berlaku awal hari ini. – Gambar AFP, 2 Julai, 2019. Polis menggunakan gas pemedih api untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang berhimpun di bangunan Parlimen di Hong Kong pada ulang tahun ke-22 penyerahan Hong Kong ke China. – Gambar AFP, 2 Julai, 2019. Beribu-ribu penunjuk perasaan berkumpul di luar ibu pejabat kerajaan di Hong Kong pada ulang tahun ke-22 penyerahan Hong Kong ke China. – Gambar AFP, 2 Julai, 2019. Penujuk perasaan memecah masuk ke bangunan Majlis Perundangan ketika perarakan pro-demokrasi di Hong Kong bagi menuntut peletakan jawatan Ketua Eksekutif Hong Kong Carrie Lam dan penarikan penuh rang undang-undang ekstradisi yang digantung. – Gambar EPA, 2 Julai, 2019.Polis menghalang penunjuk perasaan yang tiba untuk mengadakan demokrasi di bangunan Dewan Perundangan di Hong Kong. – Gambar EPA, 2 Julai, 2019.
Komen