Menyusuri landasan di hutan Borneo
Irwan Majid
Dikemas kini 4 tahun yang lalu ·
Diterbitkan pada 27 Jun 2019 8:53AM ·
LANDASAN kereta api ini dibina pada tahun 1896 oleh British untuk sampai ke kawasan pedalaman yang memiliki tanah subur serta mengeluarkan hasil pertanian seperti tembakau, buah-buahan dan juga getah.
Sepanjang landasan antara Beaufort-Tenom, penumpang akan melalui stesen Saliwangan Bari, Halogilat, Rayoh dan Pangie sebelum sampai ke Tenom.
Kereta api ini terdiri daripada tiga gerabak, termasuk gerabak utama dengan pemandu dan dua gerabak di belakangnya. Dua gerabak di belakang hanya terdiri daripada beberapa tempat duduk penumpang dengan tingkap terbuka. Tiada pendingin hawa dalam gerabak ini. – 27 Jun, 2019
Penumpang menikmati pemandangan hutan di sepanjang landasan Beaufort-Tenom. Penumpang akan melalui stesen Saliwangan Bari, Halogilat, Rayoh dan Pangie sebelum sampai ke Tenom. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 27 Jun, 2019
Platform kecil yang dibina di sepanjang landasan ke Tenom bagi memudahkan pengambilan penumpang dan untuk mengangkut barangan.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 27 Jun, 2019.
Mahad Rozian, 70 merupakan bekas juruteknik Borneo Train yang berasal dari Batu 48, Beaufort. Beliau merupakan penumpang tetap kereta api berkenaan yang membawa banyak kenangan dalam hidupnya.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 27 Jun, 2019.
Seorang penumpang bermain dengan seekor anjing sementara menungggu ketibaan kereta api di Stesen Halogilat.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 27 Jun, 2019.
Lokomotif berenjin diesel yang hanya memiliki dua gerabak berhenti mengambil penumpang di Stesen Halogilat untuk ke Tenom.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 27 Jun, 2019.
Di Stesen Halogilat, penumpang diminta menaiki kereta api yang hanya memiliki dua gerabak berikutan landasan seterusnya selepas stesen berkenaan memerlukan gerabak lebih ringan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 27 Jun, 2019.
Gerabak 'terakhir' ini pernah digunakan untuk mengangkut barangan kini digunakan untuk membawa penumpang.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 27 Jun, 2019.
Kereta Api Negeri Sabah sebelum ini dikenali sebagai Perkhidmatan Kereta Api Borneo Utara merupakan satu-satunya kereta api di Borneo. Ia merupakan sejarah tinggalan penjajah.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 29 Jun, 2019.
Penumpang menaiki gerabak terakhir bagi membolehkan mereka membawa lebih banyak barangan keperluan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 27 Jun, 2019.
Jurulatih sukan berakit ini menaiki gerabak terakhir untuk ke stesen berikutnya berhampiran Sungai Padas. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 27 Jun, 2019.
Pemandangan di Empangan Pangi dari belakang gerabak.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 27 Jun, 2019.
Sebuah kilang lama berhampiran landasan kereta api yang pernah digunakan untuk memproses getah yang dimiliki oleh Estet Sapong ketika era penjajahan British. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 27 Jun, 2019.
Penumpang menunggu kereta api di Stesen Tenom.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 27 Jun, 2019.
Kereta Api Borneo Utara yang menggunakan lokomotif wap British Vulcan. Enjin kereta api ini direka untuk menggunakan kayu sebagai bahan api. – Gambar The Malaysian Insightoleh Irwan Majid, 27 Jun, 2019.
Enjin stim kereta api yang menggunakan kayu sebagai bahan bakar.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 27 Jun, 2019.
Daftar atau log masuk di sini untuk komen.
Komen