Jangan ceroboh tanah kami


Hasnoor Hussain

HASRAT penduduk Kg Tasik Cunex di Gerik, Perak hanyalah supaya tanah mereka tidak diceroboh dan kehidupan aman mereka tidak diganggu, kata Tok Batin Roslan Itam.

Mereka adalah komuniti Orang Asli terbaru yang berdepan konflik dengan penguasa dan pembalak; kali ini di Perak berkaitan tanah adat mereka.

Sejak Februari lalu, mereka berusaha menghalang kemasukan orang luar ke tanah mereka. Setiap petang, mereka membina sekatan untuk menghalang pembakal memasuki hutan mereka.

Tetapi, setiap sekatan ini akan dirobohkan pembalak dengan kerjasama penguasa negeri. 

Tanah yang dilindungi penduduk berkeluasan lebih kurang 5,058 hektar.

Orang Asli Kg Tasik Cunex adalah waris “Perak Man” yang hidup lebih 13,000 tahun lalu. – 26 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen