Tidak semua rakyat Indonesia gembira Jokowi menang


POLIS Indonesia terpaksa menembak gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan di kota Jakarta awal hari ini selepas satu himpunan bantahan kemenangan Presiden Joko “Jokowi” Widodo bagi penggal kedua.

Suruhanjaya pilihan raya republik itu semalam mengeluarkan keputusan rasmi mengesahkan Jokowi, 57, menewaskan jeneral tentera bersara Prabowo Subianto dalam pilihan raya presiden yang diadakan pada 17 April.

Prabowo berkata beliau akan mencabar keputusan itu di mahkamah, dan memberi amaran dakwaannya berlaku penipuan besar-besaran itu akan mencetuskan protes jalanan.

Beberapa ribu orang berhimpun menyokong Prabowo berhampiran pejabat agensi pemantau pilihan raya di Jakarta. – 22 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen