Buka puasa bersama di Iftar@KL2019


Afif Abd Halim

PROGRAM Iftar@KL2019 memberikan pengalaman berbuka puasa beramai-ramai kepada semua sambil menikmati keindahan ibu kota Kuala Lumpur.

Program yang diadakan sejak 2012 ini dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Kebangsaan (JKKN) bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) itu diadakan di Jalan Raja.

Seramai 79,000 orang menyertainya tahun lepas dan jumlah itu dijangka meningkat kali ini dengan adanya bazar Ramadan di Jalan Raja yang antara lain menjual pelbagai barangan untuk persediaan menyambut kedatangan Aidilfitri.

Program ini diadakan bertujuan untuk menyerlahkan keindahan Ramadan sebagai bulan beribadat dan memupuk rasa kasih sayang antara satu sama lain melalui kebajikan serta membina hubungan antara kaum. Terdapat juga makanan dan minuman percuma.

Iftar@KL 2019 akan diadakan enam kali pada Sabtu dan Ahad bermula minggu ini, diikuti 18, 19 Mei dan 25, 26 Mei. Sebanyak 200 pegawai terlibat untuk memastikan kelancaran program ini. – 13 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen