Perayaan Kaul Mukah 


David ST Loh

SAMBUTAN Kaul di Mukah dilakukan dengan penuh semangat setiap tahun dan kita menyaksikan satu lagi perayaan berwarna warni yang penuh limpahan kekeluargaan dan rasa syukur.

Etnik Melanau suatu masa dahulu merupakan masyarakat animisme yang percaya bahawa dunia ini dikuasai oleh semangat “Ipok”. Setiap tahun, mereka akan mengucapkan terima kasih kepada “Ipok” laut, tanah, angin, hutan dan sungai kerana tahun yang dilimpahkan rezeki dan berdoa untuk keberkatan tahun yang akan datang.

Bot dihiasi “tertilip”, iaitu anyaman daun nipah dalam bentuk bunga, burung dan bentuk geometri berkumpul berhampiran rumah persinggahan. Suara keterujaan dari rumah di seberang sungai mengumumkan ketibaan Bapak Kaul bersama Seraheng, iaitu bakul untuk upacara itu. Rombongan terdiri daripada orang tua dan ketua kampung serta dua orang bertopeng, yang menjadi simbol Ipok, menjaga bakul yang diikat pada satu tiang. Muzik tradisional mula dimainkan. 

Bot utama mengambil tempat, berlayar ke tapak pesta yang terletak di tebing muara sungai. Tiada bot lain dibenarkan untuk mendahului bot utama, atau mereka akan dihukum. 

Ketika tiba di tebing sungai yang menjadi lokasi perayaan. basket Seraheng disambut dengan mengalai, iaitu seni memertahankan diri Melanau sebagai mengalu-alukan ketibaan. Bapak Kaul mengetuai perarakan ke pokok dan menanam seraheng di dalam tanah. Beliau kemuan membaca mentera dan satu bakul kecil dipenuhi makanan diletakkan di tengah seraheng; sebagai persembahan kepada “ipok”.

Upacara ringkas yang penuh bermakna itu berakhir dalam masa sejam, dan perayaan diteruskan yang mana semua masyarakat dijemput untuk ke jamuan. Kuih tradisional seperti penyaram, selorot dan kuih beras pulut dikongsikan bersama. 

Penduduk meneruskan dengan tarian dan persembahan muzik ketika penduduk menikmati hidangan. Menjadi pantang larang untuk membaa balik makanan dan dipercayai sebarang baki atau sisa makanan perlu diletakkan di bakul seraheng untuk dimakan oleh “ipok” yang masih berlegar di Kaul. – 11 Mei, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen