GEMPA bumi kuat yang melanda Mexico semalam dilaporkan mengorbankan lebih 100 nyawa dengan 30 kematian awal direkodkan di bahagian ibu negara di mana usaha menyelamat masih berjalan.
Kejadian yang menggegarkan Mexico City pada Selasa, menyebabkan panik di kalangan 20 juta penduduk megalopolis pada ulang tahun ke-32 gempa bumi yang dahsyat pada tahun 1985.
Para sukarelawan dan kru kecemasan menggali runtuhan 29 bangunan di Mexico City, menurut pihak berkuasa tempatan.
Jumlah keseluruhan mangsa yang terkorban terus meningkat dalam masa beberapa jam selepas berlakunya gempa berukuran 7.1 pada skala Richter, dan kini berada pada bilangan 106 orang. – 20 September, 2017.
Seorang lelaki ditarik keluar daripada runtuhan bangunan akibat berikutan gempa bumi di Mexico City. Kajian geologi AS mengatakan magnitud gempa 7.1 pada skala Richter sementara Institut Seismologi Mexico mengatakan ia mengukur 6.8 magnitud. Institut itu berkata pusat gempa itu adalah tujuh kilometer barat Chiautla de Tapia, berhampiran Puebla. – Gambar AFP, 20 September, 2017.Pasukan kecemasan berjaya menyelamatkan seorang wanita yang terlibat dalam runtuhan bangunan di Mexico City akibat gempa bumi. – Gambar AFP, 20 September, 2017.
Ribuan orang berada di atas jalan raya dalam keadaan cemas dan ketakutan susulan gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter yang melanda Mexico. Orang ramai menyertai latihan kecemasan awal hari ini bagi menyambut ulang tahun ke-32 kejadian gempa bumi dahsyat pada tahun 1985. – Gambar EPA, 20 September, 2017.
Para pesakit di sebuah hospital terpaksa dirawat di luar bangunan susulan gempa bumi 7.1 pada skala Richter yang melanda Mexico City, Mexico. Kejadian gempa itu melanda negeri Puebla pada kedalaman 32 batu (51km). – Gambar EPA, 20 September, 2017.
Orang ramai cuba menyelamatkan mangsa yang berada di bawah runtuhan bangunan. Sekurang-kurangnya 79 orang terkorban di beberapa negeri Morelos, Puebla dan Mexico susulan gempa berukuran 7.1 magnitud. – Gambar EPA, 20 September, 2017.
Sebuah bangunan rosak teruk disebabkan gempa yang melanda Mexico City pada awal pagi Selasa. – Gambar AFP, 20 September, 2017.
Ratusan penduduk Mexico menghulurkan bantuan untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam bangunan runtuh di Mexico City, Mexico. – Gambar EPA, 20 September, 2017.
Orang ramai bekerjasama dengan pihak keselamatan untuk membantu mencari dan menyelamat mangsa runtuhan bangunan semasa gempa bumi kuat melanda Mexico. – Gambar EPA, 20 September, 2017.
Para penyelamat, anggota bomba, polis, askar dan sukarelawan bekerja keras mengalihkan sisa runtuhan bagi mencari mencari mangsa yang terselamat selepas gempa kuat melanda Mexico City. – Gambar AFP, 20 September, 2017.
Anggota penyelamat membawa seorang wanita yang berjaya diselamatkan dalam kejadiang gempa bumi di Cuernavaca, Morelos State, Mexico. – Gambar EPA, 20 September, 2017.
Komen