BAGI kebanyakan masyarakat di Sandakan, pasar tempaan bukan hanya tempat untuk membeli barangan keperluan harian, seperti Pasar Kim Fung yang terletak di Batu 4, ia merupakan lokasi pertemuan dengan rakan untuk sarapan pagi, membaca akhbar dan untuk minum kopi.
Ini sebabnya mengapa ahli politik memilih untuk menjalankan kempen mereka di pasar tempatan, termasuk kempen yang sedang berlangsung pada pilihan raya kecil Sandakan yang akan berakhir pada tengah malam 10 Mei.
Bukan sahaja Pasar Kim Fung, pasar yang terletak di Batu 1,5, Jalan Utara berhampiran Kampung BDC dan satu lagi diBandar Sandakan turut menjadi tumpuan pengunjung, sama ada untuk mendapatkan makanan, mahupun barangan segar lain.
Selain sayuran, buah-buahan, ikan dan daging segar dijual di pasar ini, terdapat juga juadah seperti mi goreng, mi sup, ladu dan hidangan popular tempatan seperti kon lou men, bakso atau soto dan ikan bakar boleh didapati di pasar ini.
Kebanyakan peniaga sayur-sayuran dan buah-buahan dan daging akan beroperasi separuh hari sahaja, hanya beberapa peniaga makanan akan berniaga sehingga waktu malam. – 9 Mei, 2019
Pasar Kim Fung merupakan lokasi tumpuan di Sandakan untuk mendapatkan makanan. Kebanyakan gerai peniaga di sini beroperasi dari awal pagi sehingga tengah malam.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Mei, 2019Pelbagai buah-buahan yang dijual peniaga di Pasar Kim Fung, Sandakan.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Mei, 2019Sandakan merupakan bandar kedua terbesar di Sabah. Bandar ini merupakan laluan kepada pelbagai destinasi pelancongan di negeri ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Mei, 2019Seorang peniaga bermain dengan kucing di Pasar Kim Fung, Sandakan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Mei, 2019 Pelbagai barangan dijual di Pasar Kim Fung, Sandakan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Mei, 2019 Pasar Kim Fung menjadi tumpuan penduduk setempat untuk mendapatkan barangan keperluan harian mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Mei, 2019 Pasar Kim Fung menjadi lokasi popular bagi penduduk setempat untuk mendapatkan makanan selain menjadi tempat bertemu rakan-rakan.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Mei, 2019 Penduduk setempat menjadikan Pasar Kim Fung sebagai lokasi mereka bertemu rakan sambil minum kopi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Mei, 2019 Seorang lelaki membaca surat habar di Pasar Kim Fung. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Mei, 2019 Peniaga menyediakan hidangan untuk dijual di Pasar Kim Fung, Sandakan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Mei, 2019 Dua peniaga wanita ini menjalankan rutin harian mereka di Pasar Kim Fung, Sandakan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Mei, 2019 Seorang peniaga membersihkan gerai sebelum dibuka di Pasar Kim Fung, Sandakan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Mei, 2019 Seorang remaja sibuk dengan telefon pintarnya ketika membantu ibu bapanya berniaga di Pasar Kim Fung, Sandakan.
Komen