RAMADAN yang bermula hari ini di kebanyakan negara, adalah bulan paling suci dalam kalendar Islam.
Sepanjang bulan ini, umat Islam perlu menahan diri daripada semua perkara yang membatalkan ibadah puasa seperti makan, minum, merokok dan hubungan seksual bermula subuh hingga terbenamnya matahari.
Semoga dengan ibadah ikhlas ini, ia akan meningkatkan takwa dan keimanan kepada Allah SWT. – 6 Mei, 2019.
Umat Islam ke masjid pada malam pertama bulan suci Ramadan di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur. Semasa Ramadan, umat Islam perlu menjauhkan diri dari segala larangan yang membatalkan ibadah puasa. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 6 Mei, 2019.
Umat Islam bersembayang pada malam pertama bulan suci Ramadan di masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 6 Mei, 2019.
Seorang kanak-kanak perempuan mengikut ibunya bersembahyang tarawih di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Beberapa golongan diberi kelonggaran tidak berpuasa seperti kanak-kanak, orang tua, orang sakit dan wanita hamil atau dalam haid dengan alasan kesihatan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 6 Mei, 2019.
Pegawai agama menggunakan teodolit untuk melihat anak bulan bagi menandakan permulaan Ramadan di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 6 Mei, 2019.
Umat Islam ke masjid Wilayah Persekutuan untuk menunaikan solat pada malam pertama Ramadan di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 6 Mei, 2019.
Umat Islam menunaikan solat tarawih pada malam pertama Ramadan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 6 Mei, 2019.
Umat Islam menunaikan solat tarawih pada malam pertama Ramadan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 6 Mei, 2019.
Sebahagian umat Islam yang menunaikan solat sunat tarawih semasa Ramadan di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Sembahyang dan ibadah sunat lain amat digalakkan sepanjang bulan suci ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 6 Mei, 2019.
Umat Islam bersembahyang tarawih semasa Ramadan di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Ramadan adalah bulan kesembilan dalam kalendar Islam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 6 Mei, 2019.
Suasana Masjid Negara di Kuala Lumpur pada Ramadan yang merupakan bulan paling suci dalam kalendar Islam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 6 Mei, 2019.
Daftar atau log masuk di sini untuk komen.
Komen