RAJA Maha Vajiralongkorn, atau Rama X Thailand, hari ini dinobatkan dengan penuh adat yang sangat mempesonakan, upacara penobatan dipenuhi ritual Hindu dan Buddha, dan upacara angkat sumpah untuk memerintah negara secara adil dan saksama bagi seluruh rakyat Thailand.
Raja Vajiralongkorn adalah raja ke-10 dari dinasti Chakri, yang memerintah sejak 1782. Beliau dimasyhurkan beberapa tahun lalu, setelah kematian bapanya yang tercinta, namun upacara penobatan ditangguh sehingga tempoh panjang perkabungan selesai sebelum menetapkan tarikh penobatannya.
Isterinya yang keempatnya, Suthida - yang dikahwininya dalam sebuah majlis mengejut sehari sebelum penobatan - dinobatkan sebagai permaisuri, di mana beliau berlutut di hadapan suaminya, yang bersemanyam di atas takhta.
Bagi kebanyakan orang Thailand, ini adalah kali pertama mereka menyaksikan kegembiraan dan kehebatan upacara penobatan yang sebelum ini dilangsungkan kali terakhir pada tahun 1950 bagi penobatan Raja Bhumibol Adulyadej, bapanya. – 5 Mei, 2019.
Raja Thailand Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun bersemayam di atas takhta ketika upacara penobatan di Istana Besar di Bangkok semalam. – Gambar EPA, 5 Mei, 2019.Anggota keluarga Raja Maha Vajiralongkorn dari Thailand - (dari kiri) Putera Dipangkorn Rasmijoti, Puteri Sirivannavari Nariratana, anak perempuan Puteri Bajrakitiyabha Manidol, saudara perempuan Puteri Ubolratana dan Puteri Maha Chakri Sirindhorn - dalam upcara penobatan di Istana Besar, Bangkok – Gambar AFP, 5 Mei, 2019.King Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun is bathed Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun dimandikan dalam air suci oleh Bhikku Agung Somdet Phra Maha Muniwong semasa persiraman diraja sebagai sebahagian daripada upacara penobatan di Istana Besar di Bangkok, Thailand. – Gambar EPA, 5 Mei, 2019.Pengawal Diraja Thailand melepaskan tembakan meriam semasa upacara penobatan Raja Thailand Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun di luar Istana Besar di Bangkok, Thailand. Upacara penobatan tradisional selama tiga hari bagi Raja Thailand Maha Vajiralongkorn adalah majlis rasmi untuk menyempurnakan penyerahan takhta kepada raja. – Gambar EPA, 5 Mei, 2019.Raja Maha Vajiralongkorn memakai selempang di leher Permaisuri Suthida selepas beliau dinobatkan di Bangkok. – Gambar AFP, 5 Mei, 2019.Pasukan tentera laut Thailand memberikan tabik hormat di atas sampan diraja Suphannahong ketika upacara penobatan Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun's di Istana Besar di Bangkok, Thailand. – Gambar EPA, 5 Mei, 2019.Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun dan Permaisuri Thailand Suthida sewaktu upacara penobatan di Istana Besar di Bangkok, Thailand. – Gambar EPA, 5 Mei, 2019.Permaisuri Suthida memberi tunduk hormat kepada Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun di Istana Besar di Bangkok, Thailand. – Gambar EPA, 5 Mei, 2019.Permaisuri Suthida sewaktu upacara penobatan Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun di Istana Besar di Bangkok, Thailand. – Gambar EPA, 5 Mei, 2019.Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun menuang air suci di atas kepala ketika upacara bersiram di Istana Besar di Bangkok, Thailand. – Gambar EPA, 5 Mei, 2019.Raja Maha Vajiralongkorn dijulang susulan upacara penobatan di Istana Besar di Bangkok. – Gambar AFP, 5 Mei, 2019.
Komen