Dilanda hujan, Himpunan Ummah berakhir awal


Hasnoor Hussain Afif Abd Halim

Selepas kira-kira dua jam setengah, perhimpunan yang dianjurkan Gerakan Pembela Ummah (Ummah) di Kuala Lumpur, bagi mempertahankan hak-hak Melayu dan monarki, telah bertukar sebagai himpunan baju hujan akibat hujan lebat melanda sehingga ucapan pemimpin dipendekkan dan menyebabkan penunjuk perasaan bergegas pulang.

Kesetiaan kepada raja-raja Melayu adalah tema dalam perhimpunan gabungan kumpulan Islam yang bermula di ibu negara pada sebelah petang.

Penganjur himpunan mengatakan mereka membantah Statut Rom dan turut menjelaskan isu-isu semasa yang mengaitkan bahawa masyarakat Islam dan institusi monarki diancam.

Perhimpunan itu tetap diadakan walaupun Putrajaya telah menarik balik ratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

“Uniform” baju putih yang menggambarkan sembilan raja Melayu dengan kata-kata “Daulat Tuanku” dijual dengan harga RM15 setiap satu.  – 4 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen