INDONESIA memulakan salah satu pilihan raya terbesar di dunia hari ini, yang menyaksikan pertembungan dua calon iaitu Presiden Joko “Jokowi” Widodo dan bekas jeneral Prabowo Subianto di negara majoriti Islam itu.
Lebih 190 juta rakyat Indonesia dijangka membuang undi hari ini yang mana pusat pengundian dibuka seawal 7 pagi di Papua. Pengundian juga dijangka tamat pada pukul 1 petang di Sumatera.
Segelintir pengundi turut dilihat mengunjungi masjid tempatan sebelum ke pusat mengundi, bagi menunaikan solat di negara yang mempuyai hampir 90% umat Islam.
Kira-kira 245,000 calon bertanding untuk jawatan awam, dari presiden dan kerusi parlimen hingga ke jawatan tempatan – yang merupakan kali pertama dijalankan dalam hari yang sama. – 17 April, 2019
Petugas pilihan raya Indonesia terpaksa memikul peti undi untuk dihantar ke kawasan pendalaman di Maros, Sulawesi Selatan.– Gambar EPA, 17 April, 2019.
Petugas pilihan raya Indonesia membawa peti undi menggunakan kuda sambil diiringi anggota polis ke perkampungan Jember di Jawa Timur. – Gambar EPA, 17 April, 2019.Petugas pilihan raya Indonesia mengenakan sut adiwira ketika menghantar peti undi di Surabaya, Jawa Timur. – Gambar EPA, 17 April, 2019.Petugas pilihan raya Indonesia terpaksa menghantar peti undi menggunakan rakit di kawasan yang dilanda banjir di Bandung menjelang pilihan raya terbesar di negara itu. – Gambar EPA, 17 April, 2019. Petugas pilihan raya menghantar peti undi menggunakan kereta kuda di Gili, Lombok Indonesia menjelang pilihan raya di negara itu. – Gambar EPA, 17 April, 2019. Penyandang jawatan Presiden Indonesia Joko Widodo (tengah) bersama puluhan ribu penyokong Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan dan gandingan baharunya Ma'ruf Amin (kiri) iaitu ulama berpengaruh di Indonesia dan naib presiden Jusuf Kalla di Jakarta.– Gambar EPA, 17 April, 2019. Golongan kurang upaya tidak ketinggalan menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi di Banda Aceh. – Gambar EPA, 17 April, 2019. Petugas pilihan raya menyediakan peti undi untk diagihkan ke pusat pengundian di Banda Aceh. – Gambar EPA, 17 April, 2019. Seorang penduduk Bali membuang undi di sebuah pusat mengundi di Denpasar. Lebih 192 juta penduduk Indonesia akan mengundi hari ini. – Gambar EPA, 17 April, 2019. Rakyat Indonesia beratur menunggu giliran untuk membuang undi di Jakarta. – Gambar EPA, 17 April, 2019.
Komen