TAUFAN Irma, ribut gergasi yang memecahkan rekod kelajuan sepatutnya membadai Florida dengan kuatnya mampu memusnahkan tempat tinggal kira- kira 20 juta penduduk di negeri itu
Namun ketika matahari terbit beberapa hari lepas, banjir di Florida juga kembali surut, kerosakan pada bumbung dan rumah serta bot yang terbalik hanya berlaku di kawasan tertentu negeri itu saja.
Di Caribbean, taufan Irma membunuh sekurang-kurangnya 40 nyawa. – 14 September, 2017.
Gambar dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan British pada 9 September 2017, sebahagian daripada Pasukan Kerajaan UK termasuk kit dan peralatan yang dibawa RAF C17 ke Kepulauan Virgin British. Pasukan itu digerakkan untuk membantu mangsa yang terjejas akibat taufan Irma. – Gambar AFP, 14 September, 2017.Kapal layar tersadai di tapak perkuburan tepi pantai Marigot, 9 September 2017 di Pulau Saint- Martin yang dimusnahkan oleh taufan Irma. – Gambar AFP, 14 September, 2017.Seorang ibu dilihat sedang menenangkan anaknya ketika menunggu di pintu masuk lapangan terbang Grant-Case Esperance untuk meninggalkan Saint-Martin pada 10 September 2017 di kepulauan Caribbean, Saint-Martin selepas dimusnahkan akibat taufan Irma. – Gambar AFP, 14 September, 2017.Seorang wanita mengambil gambar bot yang musnah. Bot tersebut tersadai di darat akibat dibawa gelombang Irma di pantai Miami, Florida, 11 September 2016. – Gambar AFP, 14 September, 2017.Seorang wanita berjalan melintasi jalan di Marigot pada 11 September 2017 di Pulau Caribbean Saint -Martin selepas dilanda taufan Irma. – Gambar AFP, 14 September, 2017.Sebuah kereta rosak berada di tengah jalan di kawasan Marigot, Baie Nettle, pada 10 September 2017 di pulau Saint- Martin yang dihancurkan oleh taufan Irma.– Gambar AFP, 14 September, 2017.
Seorang lelaki berjalan di hadapan dua buah bot yang tersadai di pulau Watson selepas taufan Irma melanda di Pulau Miami, Florida, USA, 11 September 2017. – Gambar EPA, 14 September, 2017.Gambar yang diberikan oleh Kementerian Pertahanan British pada 12 September 2017 menunjukkan kemusnahan selepas taufan Irma di sebuah pulau di Jost Van Dyke, pada 11 September 2017. – Gambar EPA, 14 September, 2017.Penduduk dan jiran di Pulau Venetian menyelamatkan sebuah bot kecil yang tenggelam selepas taufan Irma melalui Pantai Miami, Floridan USA,11 September 2017. – Gambar EPA, 14 September, 2017.Kemusnahan yang ditinggalkan taufan Irma di kejiranan Cojimar, Havana, Cuba pada 10 September 2017. – Gambar AFP, 14 September, 2017.
Komen