BERSEMPENA Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang disambut pada 2 April setiap tahun, The Malaysian Insight melawat sebuah kafe di Puchong yang dikendalikan oleh individu autistik.
Autism Cafe Project merupakan inisiatif Mohd Adli Yahya, 55, yang membukanya pada Ogos 2016.
Adli membuka kafe itu bagi menyokong anak autistiknya, Mohamad Luqman, 19, yang juga salah seorang pekerja di situ.
Selepas melihat anaknya membesar dengan penuh kesukaran, Adli berhenti kerja sebagai pengarah eksekutif Standard Charted dan menubuhkan kafe bagi melatih remaja istimewa untuk hidup berdikari.
Bapa enam anak ini berkata, dia bimbang dengan masa depan Luqman dan percaya melalui kafe itu, anak-anak lain seperti anaknya akan mempunyai peluang untuk mempelajari kemahiran hidup serta hidup seperti orang lain.
“Saya mungkin mempunyai 10 hingga 15 tahun lagi untuk hidup, tetapi perjalanan anak saya masih jauh. Siapa yang akan menjaganya nanti?
“Sukar untuk mereka (remaja istimewa) untuk mendapat kerja. Saya harap dengan adanya kafe ini dapat membantunya apabila saya dan isteri tidak ada nanti,” katanya.
Beliau berkata, bersabar dan memberi bimbingan yang baik merupakan kunci kepada ibu bapa kepada anak-anak golongan istimewa.
Dengan dedikasi sedemikian katanya, setiap anak autistik akan mempunyai masa depan yang cerah.
Memetik kata-kata, autism tidak datang dengan manual, ia datang dengan ibu bapa yang tidak menyerah.
Autism Cafe Project beroperasi tiga hari seminggu pada Khamis, Jumaat dan Sabtu bermula jam 9 pagi.
Kafe ini menyediakan pelbagai makanan tempatan dan kek. Mereka juga menyediakan perkhidmatan katering dan menjual barangan lain. – April 2, 2019.
Autism Cafe Project yang terletak di Kompleks 1M4U, Puchong dibuka pada 2016. Pekerjanya terdiri daripadanya golongan autistik yang belajar berinteraksi dengan pelanggan, mengambil pesanan dan menjalankan kerja-kerja ringan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 2 April, 2019.Muhamad Luqman, 19, membuang gelang untuk dijual di Autisme Cafe Project. Luqman merupakan autistik sebelum ini menerima pesanan untuk 130 gelang yang dijual dengan harga RM25 setiap satu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 2 April, 2019.Mohd Adli Yahya (tiga, kiri) memberi arahan kepada anaknya, Muhamad Luqman dan pekerja lain di Autisme Cafe Project. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 2 April, 2019.Muhammad Haziq Zaharudin, 21, menyediakan nasi kerabu untuk pelanggan di Autisme Cafe Project. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 2 April, 2019.Muhamad Luqman ditugaskan membasuh pinggan di Autisme Cafe Project kerana dia suka bermain dengan air. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 2 April, 2019.Jazlynn Hanna Jamaluddin, 22, merupakan kakitangan wanita untuk projek Autisme Cafe Project. Kajian menunjukkan kanak-kanak lelaki empat kali lebih mungkin didiagnosis dengan autism daripada kanak-kanak perempuan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 2 April, 2019.Muhammad Haziq Zaharudin merupakan autistik berfungsi tinggi. Dia ditugaskan mengambil pesanan dan menyediakan makanan di Autisme Cafe Project. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 2 April, 2019.Noor Aini Ahmad, 48, melihat anaknya, Muhammad Haziq Zaharudin yang merupakan salah seorang pekerja di Autisme Cafe Project. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 2 April, 2019.Jamaludin, 57, memberi sokongan kepada anaknya, Hanna di Autisme Cafe Project. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 2 April, 2019.Mohd Adli Yahya, 55, membimbang anak lelakinya, Muhamad Luqman, untuk memberi khidmat kepada pelanggan dalam satu majlis yang diselenggarakan oleh Autisme Cafe Project. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 2 April, 2019.Muhammad Haziq Zaharudin menunjukkan gambar kegemarannya yang dimuat naik di laman Instagram. Ibu bapanya mengupah guru fotografi untuk menggalakkan minatnya dalam hobi itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 2 April, 2019.Pelanggan menikmati hidangan di Autisme Cafe Project di Puchong. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 2 April, 2019.
Komen