LIMA lonjak industri aeroangkasa Malaysia


David ST Loh

PAMERAN Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) yang bermula pada 1991 membantu Malaysia kekal dalam industri pertahanan yang berkembang pesat, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Pada pelancaran pameran selama lima hari itu pada 28 Mac lalu, beliau berterima kasih atas penganjuran pameran itu kerana menjadikan Malaysia sebagai penganjur penting bagi pameran maritim dan aeroangkasa di Asia Pasifik.

“Sebagai ahli Parlimen Langkawi, menjadi kebanggaan buat saya untuk menyaksikan edisi LIMA ini masih mampu menarik pemain industri maritim dan aeroangkasa antarabangsa, dan perniagaan dari seluruh dunia.

“Edisi ke-15 kali ini mengembalikan memori edisi pertama pada 1991 apabila saya melancarkan pelan tindakan untuk pembangunan industri aeroangkasa di Malaysia.”

Putrajaya menandatangani lebih RM4 bilion perjanjian dengan pelbagai syarikat di pameran itu yang disertai 406 entiti dari sektor pertahanan dan swasta dari 32 buah negara.

Kebanyakan kontrak melibatkan tugas penyelenggaraan, membaikpulih dan menyelenggara aset pertahanan selain perjanjian memorandum persefahaman bersama dan kerjasama industri. – 1 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen