MALAYSIA dijangka mengalami musim kering sehingga Mei tahun ini. Johor, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Pahang dan Kelantan menerima kurang daripada 25% taburan hujan tahunan bagi tempoh April-Mei.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Xavier Jayakumar berkata ini ini akan menyebabkan cuaca panas dan kering serta menurunkan paras air di sungai dan empangan negeri. – 25 Mac, 2019.
Penduduk kampung mencari Siput Etok yang mudah didapati apabila paras air sungai surut di Sungai Pahang, Chenor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 Mac, 2019.Dua sahabat berteduh dari panas terik matahari di bawah sepohon pokok Empangan Muda di Sik, Kedah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 Mac, 2019.Sawah padi yang kering kontang di Kampung Tempasuk Dua, Sabah selepas lebih sebulan hujan tidak turun. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 25 Mac, 2019.Pengunjung Pesta Angin Timur di Kangar Perlis menyertai acara menangkap itik. Air dipam ke dalam petak sawah yang kering kontang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 Mac, 2019.Keadaan sawah di Kampung Tempasuk Dua, Sabah yang tidak menerima hujan selama lebih sebulan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 25 Mac, 2019.Pokok-pokok tidak berdaun selepas dijilat api di sebuah kawasan di Batu Pahat, Perlis. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 Mac, 2019.Kawasan Sungai Pahang di Chenor, Pahang yang kering. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 Mac, 2019.Sekumpulan kerbau berendam dalam Sungai Sungai Pahang di Chenor, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 Mac, 2019.Periuk, baldi, botol dan tong air di hadapan rumah peneroka Felda Simpang Waha di Kota Tinggi, Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 Mac, 2019.Kanak-kanak memerhatikan air diisi ke dalam tong air ketika bekalan air diedarkan di Felda Simpang Waha di Kota Tinggi, Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 Mac, 2019.Pekerja sedang membersihkan Sungai Klang di Kuala lumpur. Paras air di sungai itu jatuh akibat cuaca kering. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 Mac, 2019.Asap dari kebakaran hutan di Batu Pahat, Perlis. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 Mac, 2019.Pekerja di tapak pembinaan Forest City, Johor berlatar belakangkan pemandangan Pelabuhan Tanjung Pelepas. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 Mac, 2019.Pasir di dasar Sungai Pahang di Chenor, Pahang boleh dilihat akibat kekurangan hujan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 Mac, 2019.Paras air di Empangan Ayer Itam, Pulau Pinang yang susut. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 Mac, 2019.
Komen