“TAGAL” mungkin satu perkataan asing kepada sesetengah orang tetapi bagi kaum KadazanDusun Sabah, ia adalah amalan tradisi yang bertujuan memulihara ekosistem sungai.
Tagal merujuk kepada larangan menangkap ikan dalam tempoh tertentu dan beramai-ramai “menuai” hasilnya sekali setahun.
Para saintis mengatakan “tagal” adalah satu sistem yang terkehadapan daripada zamannya walaupun ia merupakan amalan lama yang diturunkan sejak bergenerasi lamanya.
Hari ini, kampung yang mengamalkan sistem ini menikmati banyak hasil tangkapan ikan yang boleh dijual di pasar.
Amalan tagal ini termaktub dalam undang-undang adat dan mereka yang melanggarnya akan dikenakan dengan berupa seekor lembu.
Bagi sesetengah tempat, tempoh larangan boleh berlangsung sehingga dua tahun dan penduduk hanya dibenarkan menangkap ikan sekali dalam setiap enam bulan.
Pada masa itu, para peserta akan boleh menangkap ikan sebanyak mungkin dalam tempoh kira-kira lima jam. – 19 Mac, 2019
Penduduk kampung menggunakan jaring untuk menangkap ikan pelian semasa pesta Tagal di Kampung Lingga, Kiulu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 19 Mac, 2019.
Penduduk kampung menangkap ikan pelian semasa pesta Tagal di Kampung Lingga, Kiulu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 19 Mac, 2019.
Sup yang dibuat daripada ekor ikan pelian adalah antara masakan yang dihidangkan semasa pesta Tagal di Kampung Lingga, Kiulu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 19 Mac, 2019.
Seorang penduduk kampung menggunakan jaring untuk menangkap ikan semasa pesta Tagal di Kampung Lingga, Kiulu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 19 Mac, 2019.
Kelihatan beberapa penduduk kampung bersiap sedia dengan jaring untuk menangkap ikan pelian semasa pesta Tagal di Kampung Lingga, Kiulu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 19 Mac, 2019.
Sup tradisional yang dibuat daripada ikan pelian antara hidangan yang dimasak untuk makan tengahari semasa pesta Tagal berlangsung di Kampung Lingga, Kiulu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 19 Mac, 2019.
Wanita dan kanak-kanak berkumpul di tebing sungai semasa pesta Tagal di Kampung Lingga, Kiulu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 19 Mac, 2019.
Seorang lelaki membakar ikan pelian untuk hidangan makan tengahari semasa pesta Tagal di Kampung Lingga, Kiulu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 19 Mac, 2019.
Papan tanda di pintu masuk bandar Kiulu di Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 19 Mac, 2019.
Penduduk kampung menggunakan jambatan gantung untuk menyeberangi sempadan di Kampung Lingga, Kiulu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 19 Mac, 2019.
Seorang penduduk kampung menyediakan cangkuk bagi peralatan menangkap ikan semasa pesta Tagal di Kampung Lingga, Kiulu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 19 Mac, 2019.
Lodineh bersama anak perempuannya memperlihatkan ikan pelian yang berjaya ditangkap semasa pesta Tagal di Kampung Lingga, Kiulu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 19 Mac, 2019.
Penduduk kampung melihat hasil tangkapan mereka semasa pesta Tagal di Kampung Lingga, Kiulu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 19 Mac, 2019.
Komen