LIMA tahun selepas kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, ahli keluarga mangsa tetap berharap misteri di sebalik tragedi itu akan terungkai satu hari nanti.
Pada acara peringatan di Kuala Lumpur, beberapa ahli keluarga penumpang dan anak kapal yang menaiki penerbangan malang itu berkata mereka akan terus berjuang untuk mendapatkan jawapan walaupun operasi pencarian dalam laut terhadap pesawat itu menemui kegagalan.
Penerbangan MH370 hilang dari skrin radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014. Kehilangan itu adalah antara misteri penerbangan terbesar di dunia. – 4 Mac, 2019.
Ahli keluarga memegang lilin semasa acara memperingati mangsa MH370 disebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 4 Mac, 2019.
Norazlinda Ayub (kiri) dan Intan Maizura Othaman, isteri seorang kru MH370, saling berpelukan semasa acara memperingati mangsa di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 4 Mac, 2019.
Ahli keluarga menyalakan lilin semasa majlis memperingati mangsa penerbangan MH370 di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 4 Mac, 2019.
Serpihan yang disahkan milik MH370 yang dipamerkan pada majlis sempena memperingati mangsa penerbangan hilang di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur. Setakat ini, hanya tiga fragmen MH370 yang disahkan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 4 Mac, 2019.
Seorang wanita berjalan sambil melihat hasil seni waris mangsa MH370 semasa majlis peringatan penerbangan yang hilang di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 4 Mac, 2019.
Satu pasangan melihat hasil seni yang dipamerkan sempena memperingati mangsa MH370 di pusat membeli-belah di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 4 Mac, 2019.
Seorang wanita menyentuh foto yang dipamerkan pada acara memperingati mangsa MH370 di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 4 Mac, 2019.
Seorang gadis dilihat pada majlis memperingati mangsa MH370 di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 4 Mac, 2019.
Seorang wanita yang membawa belon pada majlis memperingati mangsa MH370 di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 4 Mac, 2019.
Dua kanak-kanak mewarna lukisan pada acara memperingati mangsa MH370 di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 4 Mac, 2019.
Mesej yang ditulis di atas kapal terbang kertas dilekatkan di papan putih semasa majlis memperingati mangsa MH370 di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 4 Mac, 2019.
Seorang ahli keluarga mengatur bekas lilin semasa acara memperingati mangsa MH370 di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 4 Mac, 2019.
Seorang kanak-kanak berjalan berhampiran gambar waris yang dipamerkan semasa acara memperingati mangsa MH370 di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 4 Mac, 2019.
Komen