Roda kehidupan di Semporna


BAGI mengelak terlibat dalam aktiviti jenayah dan dadah beberapa golongan remaja di Semporna, Sabah mengambil alternatif menggunakan tenaga muda mereka dengan membawa kereta sorong di pasar.

Sani Abdullah memulakan harinya seawal jam 6.30 pagi di pasar Semporna bagi membantu pembeli membawa barangan mereka menggunakan kereta sorong.

Dia membantu pembeli menghantar barangan mereka terus ke kereta.

“Saya lakukan ini untuk membantu keluarga dan mereka tidak marah saya buat kerja sebegini.

“Selagi saya tak buat apa-apa yang membawa masalah kepada mereka, ibu bapa saya okay saja,” katanya yang mempunyai empat adik beradik masih bersekolah.

Sani dan kawan-kawannya tidak berkemampuan untuk ke dan mereka berusaha untuk tidak terlibat dalam aktiviti jenayah dan gegala dadah.

Disember tahun lalu sahaja lebih daripada 100 orang ditangkap atas kesalahan dadah di Kampung Bangau-Bangau yang terletak beberapa minit berjalan kaki dari pasar.

Bergantung pada berat beban, Sani dan rakan-rakannya boleh mendapat antara RM2 dan RM5 untuk setiap trip kereta sorong. – 22 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen