SEJUMLAH besar ikan yu daripada pelbagai spesis didaratkan di jeti Sabah Fish Marketing (Safma) di Kota Kinabalu membuktikan haiwan laut itu bukan sekadar tangkapan yang tidak disengajakan, kata Jabatan Perikanan.
Ia sengaja ditangkap dan dijual untuk meraih keuntungan.
Terdapat lebih 50 spesis ikan yu dan 66 spesis ikan pari di perairan Sabah.
Undang-undang yang dikuatkuasakan untuk mengawal industri berkenaan hanya Peraturan-Peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan Yang Terancam) 1999 dan Akta Perikanan 1985 yang sudah dipinda.
Jabatan berkenaan juga sedang memasukkan spesis ikan yu tukul, ikan yu tukul lembut, pari lang gergasi, pari lang karang dan ikan yu sirip putih ke dalam senarai spesis yang dilindungi. – 13 Februari, 2019
Tiga spesis ikan yu yang siripnya sudah dipotong dijual di pasar di Kota Kinabalu, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 13 Februari, 2019Sirip ikan yu yang dikeringkan lazimnya digunakan dalam hidangan sup dan hidangan istimewa lain. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 13 Februari, 2019Spesis ikan yu tukul dan dua spesis ikan yu lain yang sudah dipotong siripnya dijual secara terbuka di pasar pagi di Kota Kinabalu, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 13 Februari, 2019Anak ikan yu turut dijual di pasar pagi di Kota Kinabalu, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 13 Februari, 2019 Seorang pekerja memotong seekor ikan yu untuk dijual kepada pelanggan di pasar pagi Kota Kinabalu, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 13 Februari, 2019Seorang pekerja di pasar pagi Kota Kinabalu, Sabah menarik dua bakul yang dipenuhi ikan yu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 13 Februari, 2019Ikan jerung didaratkan di jeti seawal jam 3 pagi yang mana ia akan dipotong siripnya untuk diasingkan dan selebihnya akan dijual di pasar pagi Kota Kinabalu, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 13 Februari, 2019Sirip ikan yu yang sudah dikeringkan, dipaket dan sedia untuk dijual kepada "pelanggan tetap" di gerai di pasar pagi Kota Kinabalu, Sabah. Penjualan makanan eksotik ini biasanya dibuat secara tertutup. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 13 Februari, 2019Seorang pekerja menunjukkan sirip ikan yu yang sudah siap dikeringkan untuk dipaket dan dijual kepada pelanggan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 13 Februari, 2019
Komen