Dusun Tatana di Sabah sambut Tahun Baharu Cina


Irwan Majid

TIDAK seperti sub etnik Dusun yang lain, Dusun Tatana menganggap Tahun Baharu Cina adalah perayaan utama mereka, malah ia lebih utama berbanding Pesta Kaamatan.

Dusun Tatana kebanyakannya menetap di Kuala Penyu, hampir 100 km dari selatan Kota Kinabalu, Sabah. Kumpulan itu, salah satu daripada 79 sub etnik Dusun di negeri Bawah Bayu itu kini berjumlah sekitar 25,000.

Keraian Tahun Baharu Cina yang disambut mereka bermula sejak berkurun dahulu, disebabkan perkahwinan antara etnik tersebut dengan orang Cina.

Ramai antara mereka juga kini penganut Buddha.

Tradisi perayaan Dusun Tatana sepanjang musim perayaan itu termasuklah sembahyang nenek moyang dan pemberian ang pow. – 5 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen