SULTAN Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini melafaz sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, di Kuala Lumpur.
Baginda menggantikan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 6 Januari.
Sultan Abdullah dipilih sebagai Agong bagi tempoh lima tahun mulai hari ini pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara pada 24 Januari lepas.
Malaysia merupakan salah satu daripada 43 negara yang mengamalkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan. Sistem penggiliran antara sembilan raja Melayu adalah yang unik di dunia. – 31 Januari, 2019.
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Baginda hari ini melafaz sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi tempoh lima tahun. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 31 Januari, 2019.Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada persembahan 'Hormat DiRaja' dari pasukan Kawalan Kehormatan Utama di Parlimen pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 31 Januari, 2019.Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengaminkan bacaan doa di Parlimen pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 31 Januari, 2019.Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika di Parlimen hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 31 Januari, 2019.Anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja bersiap sedia bagi acara 'Hormat DiRaja' di Parlimen hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 31 Januari, 2019.Anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja mengaminkan bacaan doa di Parlimen hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 31 Januari, 2019.Ketibaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 31 Januari, 2019.Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disambut oleh pasukan Kawalan Kehormat Setempat oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 31 Januari, 2019.Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini melafaz sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi tempoh lima tahun dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 31 Januari, 2019.Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara pagi tadi. – Gambar ihsan Kementerian Penerangan, 31 Januari, 2019.Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Melafaz Sumpah Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara hari ini. – Gambar ihsan Kementerian Penerangan, 31 Januari, 2019.
Komen