SUV berjaya dinaikkan di Jambatan Pulau Pinang


David ST Loh

SUV yang terhumban ke laut dari Jambatan Pulau Pinang berikutan kemalangan pada hari Ahad lalu berjaya dinaikkan semula dan mayat mangsa dapat dikeluarkan dari kenderaan tersebut.

Pegawai vomba dan kakitangan pencarian lain menaikkan kenderaan seberat 1.5 tan pada pukul 6.07 petang hari ini, selepas usaha untuk menaikkannya tergendala akibat cuaca dan arus deras laut.

Kenderaan itu tenggelam pada kedalaman 15 meter, kira-kira 15 meter dari tempat ia terhumban melepasi halangan jambatan.

Mayat mangsa, seorang pelajar berusia 20 tahun, Moey Yun Peng, dikeluarkan dari SUV tersebut pada pukul 6.36 petang. – 22 Januari, 2019.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen